« Home | 1 Trillion » | Bila gendang perang bermula » | Father's Trade Alliance - FTA » | Kapal Terbang 69 » | Macam isi dan kuku » | Daulat » | Permainan Budak Besar! » | Civilisational Islam » | Keterbukaan. » | Imej PakLah »

Apa nak jadi?

Tidak kira sama ada Islam Hadhari atau tidak, jika jiwa kita sendiri tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar. Maka umat Islam masih lagi dilabelkan sebagai pengganas. Inilah yang terjadi pada umat Islam yang mereka kenal.

Kalaulah Dia Orang Malaysia...

Tiada gunanya PakLah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan Islam Hadhari seperti promosi tahun melawat Malaysia kalau perangai rakyat Malaysia ini semakin teruk. Jenayah pula semakin berleluasa.

Islam yang sebenar telah lengkap. Sehingga ke akhir zaman. Yang kita perlu sekarang ialah mencari jalan bagaimana kita boleh mendalami apa yang telah Rasullullah tinggalkan. Bukannya mencipta sesuatu yang baru kononnya ia lebih baik. Tiada yang lebih baik dari apa yang telah diturunkan.

Kepimpinan melalui tauladan. Jadi, wajib bagi PakLah, menteri-menteri (terutamanya yang beragama Islam) dan pembesar menunjukkan tauladan yang lebih baik. Bukan hanya gambar menjadi imam sebagai tatapan. Tapi jadilah tauladan kepada kami dengan sikap, perangai, dan kebijaksanaan yang terpuji. Itulah yang kita cari.

Tepuk dada tanya selera.



Nota : Tiada guna ekonomi naik 10% setahun kalau kadar jenayah pun naik 10% setahun akibat rakyat tidak berduit. Tahniah Imam Hadhari...

Labels: ,

Links to this post

Create a Link

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes