« Home | X » | RM 1 Juta yang 'bermakna' » | Batu Talam - BN vs Bebas » | Batu Talam - Kelemahan PakLah » | Apa pula nawaitu Paklah? » | Kemana hilangnya mereka ketika banjir? » | TMM 2007 » | Mencipta bukan mengguna » | Bangsa Bermaruah Bermula Darimu! » | M power! »

Imej PakLah

PakLah berpeluang untuk meningkatkan lagi imejnya di peringkat antarabangsa melalui 2 acara?

Kenapa hanya 2 acara sedangkan Paklah ada beratus acara dan beratus cara. Adakah dia dan orang-orangnya telah ketandusan idea untuk meningkatkan lagi imejnya di peringkat antarabangsa? Adakah imej Paklah telah tercalar dengan teruk?

akan wujudkah istilah 'PakLah, Pemimpin Glokal" selepas ini? Kita tunggu dan lihat keputusannya. Adakah imejnya akan terus meningkat. Jika ia, saya cadangkan PakLah bertanding untuk menjadi President Amerika 2008 ini.

Entahlah, rasanya tidak susah untuk PakLah baiki imejnya.. Antara caranya;
  • Berkata benar walaupun ia menyakitkan diri, keluarga atau menantu.
  • Berani untuk menyatakan sesuatu yang benar.
  • Jangan mendabik dada dengan pangkat dan harta. Apatah lagi menepuk dada berkata "Saya perdana menteri" atau "Saya menteri kewangan".
  • Merendah diri pada semua orang. Termasuk pemimpin yang lalu.
  • Mendahulukan agama, bangsa dan negara lebih dari diri sendiri dan keluarga.
  • Menjadi manusia yang sederhana dan tidak berlebihan dalam sesuatu.
  • Tetap pendirian dalam segala perkara.
  • Menghormati dan menepati janji yang diberikan. Sama ada peribadi atau terbuka (pilihanraya)
  • .... senarainya terlalu panjang. Ia lebih berkaitan dengan diri Paklah itu sendiri. Imej PakLah adalah imejnya. Bukan imej orang lain. Hanya dia yang mengetahui dimana salah dan silapnya jika imejnya tidak disenangi.

Apa kata Paklah mulakan dulu dengan ini. Harga Minyak - Rintihan Rakyat...

Labels:

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes