Thursday, November 23, 2006

Bangsa Bermaruah Bermula Darimu!

Good job to En Jinggo! Fotopagesnya sangat menarik! Rekemen utk di lawati selalu!

Lihat, betapa tekunnya Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia mendengar ucapan perwakilan. Mesti ucapan terlalu membosankan hinggakan beliau 'hilang tumpuan'.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting


"Why why why?" - Masih ingatkah lagi kata-kata ini?
Photobucket - Video and Image Hosting

"Macha... Roti Telur Satu!!!"

Tuesday, November 21, 2006

Dendrobium Abdullah Badawi

Dendrobium Abdullah Badawi


Arghh.... Kalau dah dasar kejar populariti. Kalau dah mungkin dasarnya mengampu mengipas. Nama orkid pun nak dinamakan paklah. Apa dah tak ada nama lain nak dibagi? Apakah tidak ada perasaan malu bagi orkid tadi dinamakan "Dendrobium Abdullah Badawi".

Takut-takut nanti orkid tadi akan cepat layu dan tak bermaya. Hanya menjadi parasit yg menghisap dan menghabiskan sumber alam tanpa memberi faedah yang berteruskan. Ouhh, tolonglah, cukuplah dengan kipas itu. Jangan dijadikan aircond yg menyejuk dan menjemukan orang lain. Cukuplan dengan Dewan Seri Endon.

Jangan sampai suatu masa nanti akan ada nama binatang klon yang dinamakan dengan nama Abdullah, Endon atau Khairy. Cukuplah sampai disini. Rakyat dah muak dengan nama itu.

Thursday, November 16, 2006

M power!

M Power!

Tonton sampai habis...

Sokongan dalam diam mereka... terbukti. Tun Mahathir lebih power!

Gasing... Batu Seremban...

Utusan Malaysia (Muka 15-Dalam Negeri)

Dalam banyak-banyak kajian, perkara yg bloleh dibuat oleh angkasawan. Boleh ke disuruhnya buat kajian mengenai Gasing dan batu seremban? Memanglah ada faktor-faktor fizik yg terkena dek main kedua-dua permainan tadi. Apa tu, mikrograviti? Tapi tak ada jalan lainkah yang lebih baik untuk melakukan kajian. Adakah dengan hanya melihat berapa jauh batu seremban boleh dilambung boleh mengkaji berapa tarikkan graviti. Dan sebagainya.

Aku bukanlah faham sangat mengenai fizik, tapi pada pendapat aku, biarlah di lakukan kajian yang lebih sesuai dan lebih mendatangkan faedah. Banyak lagi kajian yang boleh dibuat. Angkasawan pertama yg pergi pun mempunyai jurusan yg berguna. Apa salahnya gunakan kepakaran mereka untuk digunakan sebagai kajian. Barulah Malaysia dipandang lebih tinggi. Setakat nak buat kajian gasing dan batu seremban, tanya Nasa pun boleh. Malah, naik kapal terbang yg direka khas utk anti graviti pun boleh. Tak payah perlu beli jet fighter utk hantar angkasawan.

Lagi? "Ini termasuk juga kesenian di angkasaraya iaitu melukis batik dan juga eksperimen teh tarik". Lukis batik? Teh tarik? Apa kejadahnya menteri ni? Batik utk apa? Bodek Paklah? Sebab Arwah Endon suka batik? Teh Tarik? Mana nak bancuh? Mana nak tarik? Kalau setakat masuk bekas, letak susu, teh dan air panas tanpa tarik macam mana mamak tarik. Tak teh tarik namanya. Melainkan paklah nak tahulah, boleh tak jadi macam cerita kartun. Teh tarik tidak lagi ke bawah, tapi dari kiri ke kanan.

Ahhh... dasar half past six! Semua idea tak membina. Tak masuk akal. Dan membazir. Mesti disebabkan "my idea" ni!

Nota : Aku cadangkan, semua angkasawan tadi bermain teng-teng. Berapa jauh mereka boleh lompat di angkasa!

Thursday, November 09, 2006

Tun Dr Mahathir Sakit

Terkini,

Mengikut sumber-sumber terkini. Termasuk dari laman web penyokong Tun dan juga harakahdaily mengatakan bahawa Tun Dr Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara kerana mengalami kesesakan dada.

Sama-sama berdoa agar semoga beliau cepat sembuh. Insya-Allah

Senarai Berita
Beritakmu
Forum KMU
Malaysia-today (Dari Bernama)

Sehubungan dari itu, Program bersama dengan Tun Dr Mahathir pada 11hb ini di Johor Bahru akan ditangguhkan buat sementara waktu. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web penganjur. Beritakmu.net

Wednesday, November 08, 2006

Democrats lawan Republicans

Democrat menang!

So PakLah... Parti kawan anda telah tumbang. Adakah anda yakin yang anda akan menang besar padan tahun akan datang? Adakah anda yakin yang sebenarnya sebelum ini kemenangan besar berpunca dari anda sendiri kerana anda kata anda perdana menteri? Adakah anda yakin yang sebenarnya anda ini memang popular.

Anda sebenarnya banyak bermimpi. BangunLAH. Democrat telah membuktikannya. Mungkin, BN akan tetap menang, tapi dengan majoriti yang jauh berkurang. PercayaLAH. Rakyat bukan sebodoh kamu untuk ditipu. SedarLAH, yang anda sedang mencipta kekalahan diri sendiri!

Semoga anda diberkati Allah dan diberi petunjuknya. Amin...

Tuesday, November 07, 2006

Cabaran UMNO Menghadapi Wawasan 2020 - Tun Dr Mahathir

Satu program bertajuk Cabaran UMNO Menghadapi Wawasan 2020 akan di anjurkan oleh pengendali laman web mykmu.net pada 11 November 2006 bertempat di Hotel NewYork, Johor Bahru, Johor. Tun Dr Mahathir dijangkakan akan berucap dan seterusnya mengadakan sesi dialog bersama dengan para hadirin.

Majlis ini di buat berikutan pembatalan dan penarikan diri 14 penganjur yang sebelum ini bercadang untuk menjemput Tun akibat daripada tekanan dari pihak tertentu. Ia juga akan menjadi ruang kepada rakyat di sekitar Negeri Johor untuk mendengar sendiri penerangan daripada Tun mengenai isu yang dibangkitkannya.

Tuan-tuan dan puan-puan di jemput hadir untuk meramaikan lagi majlis ini. Dapatkan maklumat lanjut

DI SINI.

atau Forum berkaitan




TERKINI - Pengendali laman web mykmu telah mendapat tekanan daripada pihak lain agar majlis tersebut dibatalkan. Sila layari forum ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai halangan ini.

HALANGAN TERBARU

(Sila baca bahagian 'BERITA TERKINI' berwarna merah, 3/4 kebawah dari laman tersebut)

The leaders

Paklah...
*Enough!
*My Idea
*I'm Prime Minister
*I don't know
*I'm not involved
And etc etc....

I wish we could have a collection of PakLah's priceless moments something like Bush...
Becoz we can't afford to have another PakLah after this!!!

Mr Bush priceless collections

Monday, November 06, 2006

Jambatan Bengkok - Sultan Johor titah, BUAT!

Semasa melancarkan Projek Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) Tuanku Sultan Johor telah 'menempeleng' PM dengan titah hikmatnya. Dengan berpakaian selamba, berbaju t-shirt, Tuanku yang hadir pada majlis tersebut secara terbuka telah mengatakan yang Baginda mahukan Tambak Johor dibuka dan dibina jambatan bagi membolehkan ekonomi Johor semakin meningkat.

Titah Tuanku merupakan bukti bahawa rakyat Johor secara amnya mahukan Jambatan Bengkok dibina dan bukan sebaliknya. Dan titah Tuanku ini membuktikan bahawa kononnya pendapat rakyat Johor yang menolak pembinaan jambatan tersebut adalah TIDAK BENAR. Dengan kata lainnya, PAKLAH dan seisi kabinet dapurnya adalah PENIPU BESAR! Penipu No-1 Malaysia!

"Tu causeway tu (Tambak Johor) bukakan (robohkan) , baru negeri Johor ini maju,". Titah baginda Sultan. Titahnya lagi, "Robohkan juga Tambak Johor... Datuk nenek aku (beta) dah kena tipu dengan Mat Salleh...". Tuanku mengatakan bahawa orang putih sememangnya berniat untuk menipu orang kita sekali lagi. Jadi tidak ada salahnya kalau PakLah berlembut hati untuk meneruskan projek tersebut. Bukalah tambak Johor untuk kemajuan dan kebaikkan rakyat Johor. Tidak perlu dirisaukan. Tun takkan meminta-minta untuk diagungkan namanya kalau siap jambatan itu nanti. Yang telah diketahui, sama ada siap atau tidak jambatan tersebut, nama PakLah telah terpahat dalam sejarah Malaysia. Terpahat sebagai salah seorang pemimpin Malaysia yang paling tidak konsisten dengan kata-katanya!

Adakah Paklah yang baru 3 tahun memerintah Malaysia ini lebih arif mengenai Johor, tambaknya dan rakyat Johor berbanding Sultannya sendiri? Adakah Lee Kuan Yew lebih faham mengenai ekonomi Johor berbanding Rakyat Johor sendiri? Fikirkan... Walaupun Paklah masih berdegil dengan pendapatnya untuk tidak membina jambatan tersebut. Namun kini rakyat semakin jelas, sebenarnya pembatalan jambatan tersebut bukan disebabkan kehendak rakyat Johor sendiri. Namun atas sebab yang mahu disembunyikan oleh PakLah dan kabinet dapurnya. Kini jawapan mengenai persoalan tersebut sedang dinantikan oleh Tun dan rakyat sendiri. Kenapa batalkan Jambatan Bengkok?

Dalam majlis yang sama. Tuanku juga mempersoalkan mengenai nama yang diberikan kepada Projek Mega tersebut. Ia menggunakan nama Tuanku iaitu 'Wilayah Pembangunan Iskandar' sebagai nama pembangunan tersebut. Tuanku dalam titahnya menyatakan adalah lebih baik kalau projek tersebut dinamakan sempena nama Dato' Rahman Andak (1850-1930) (Sila lihat info dibawah) atas sumbangan beliau terhadap penentangan terhadap penjajahan British. Dato' Rahman Andak adalah salah seorang pembesar Johor yang menentang keras kemasukkan British ke Johor hinggakan Johor gagal dikuasi penuh oleh British.

Berdasarkan reaksi Tuanku yang kelihatan terkejut di hadapan PakLah dan livetelecast bila mengetahui namanya digunakan di dalam projek tersebut menunjukkan bahawa Paklah dan barisan penasihatnya kurang ajar kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu pada Sultan Johor mengenai penggunaan namanya. Jelas, tipu daya Tingkat Empat dan TV3 mengenai kononnya Sultan Johor murka dengan orang pencen (Tun Dr Mahathir) telah terbongkar. Sedarlah semua, Tuanku Sultan Johor sebenarnya bersependapat dengan Tun, mahukan Jambatan Bengkok itu dibina... Jika tidak, kenapa Tuanku sendiri mahukan jambatan tersebut?

Hentikan-lah penipuan itu PakLah. Cukup-lah. Dah bosan-lah.

Cerita Selanjutnya ada di...
FORUM - Tuanku Sultan Johor Menegaskan Tidak Mahu Tambak Johor !
Datuk Rejal Arbee: Sultan Johor mahu tambak dirobohkan
THE JOHOR SULTAN SPEAKS OUT!
sultan-johor-mahu-tambak-johor-diroboh
JOHOR SULTAN's Call: Demolish CAUSEWAY; First HAPPENED 40 Years AGO
Johor sultan calls for scrapping of causeway to Singapore
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Senai Airport Pelengkap Changi dan PSA
Demolish Causeway - Sultan Iskandar

Atau cari saja di mana-mana blog.

Nota : Sebagai rakyat Johor. Aku berbangga. Walaupun aku mempunyai Sultan yg 'Rock' dan 'brutal'. Tapi... Tuanku tetap sayang dan pentingkan rakyatnya negerinya.




Fakta Mengenai Dato' Rahman Andak (Hasil Bigguydotcom - Forum mykmu)

Dato' Seri Amar DiRaja Abdul Rahman Andak (1850-1930). Pembesar Johor yang menentang kemasukan British ke Johor. Dia dibesarkan diTeluk Belanga, Singapura. Abdul Rahman mendapat pendidikan diEngland pada tahun 1871 seaktu bertugas sebagai pengiring Ungku Othman, anak saudara Sultan Abu Bakar. Dia kembalik ke Johor 1878 dan berkhidmat sebagai Kerani diPejabat Setiausaha Kerajaan, kemudian sebagai penterjemah diJabatan yang sama, sebelum dilantik Penolong Setiausaha Kerajaan pada tahun 1886.

Abdul Rahman memainkan peranan yang penting dalam usaha British untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran Johor. Usaha British ini telah dimulakan pada tahun 1880an oleh Gabenor Frederick Weld, tetapi sehingga tahun 1907, usaha itu gagal kerana nasihat Abdul Rahman kepada Sultan. Walaubagaimanapun, Johor sentiasa bekerjasama dengan British dari segi ekonomi dan pertahanan.

Abdul Rahman sentiasa peka terhadap tindak tanduk British. Dari semasa ke semasa, dia mengawasi Lembaga Penasihat Johor di London. Lembaga tersebut meletakan Johor dibawah kuasa British yang bertentangan dengan Perjanjian 1885 antara Johor dengan British. Dia juga menolak cadangan Pengerusi Lembaga yang mencadangkan, supaya Johor meminjam 200,000 pounds sterling dari Negeri Negeri Selat. Tindakanya yang lebih tegas untuk menjaga keselamatan Johor adalah dengan mendesak Sultan Johor mengujudkan Perlembagaan Negeri Johor. Ini kemudian dikenali dengan Undang Undang Tubuh Negeri Johor yang diisytiharkan pada 14 April 1894. Ini merupakan undang undang bertulis pertama bagi negeri negeri Melayu yang kemudian diikuti oleh Terengganu pada 1914.

Pada masa pemerintahan Sultan Ibrahim, pengaruh British mula diterima dengan alasan bahawa Menteri Besar Johor, Dato' Jaafar Muhammad, telah uzur. Tindakan Abdul Rahman membidas Majlis Penasihat Johor menyebabkan semua anggotanya meletakan jawatannsecara serentak pada tahun 1905. Ini menyebabkan Gabenor Anderson menyingkir Abdul Rahman dengan pesetujuan Sultan Ibrahim. Anderson mencadangkan Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Dengan penyingkiran ini, British meletakan seorang penasihatnya, D.C. Campbell, di Johor. Dengan itu bermula penguasaan British ke atas negeri Johor.

Dalam bidang pengembangan bahasa Melayu, Abdul Rahman telah munubuhkan badan bahasa dan persuratan, dengan nama Pakatan Belajar - Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.B.m.P.B.). Badan ini yang telah mencipta beberapa perkataan yang masih digunakan hingga sekarang seperti 'setiausaha', 'datuk', 'datin', 'pesuruhjaya' dan 'pegawai daerah'. Abdul Rahman dianugerahi pingat S.P.M.J. yang membawa gelaran "Dato' Seri Amar DiRaja" pada tahun 1892.

Abdul Rahman meninggal dunia diLondon pada tahun 1930 dan dikebumikan diperkuburan Islam di Woking, London.





Cerita Menarik mengenai Tuanku Sultan Johor yang tak ramai tahu.

lady_j wrote:
tu la. brutal2 sultan johor pun, masih prihatin nasib rakyat. tp nak tau 1 je..paklah pun dah acknowledge yg tambak johor ni bawak masalah kat msia, like kapal takleh lalu, air kotor, industri perikanan terjejas etc. tp apsal still berdegil nakkan tambak johor ni kekal?

Apa yang tidak perihatin Sultan Iskandar ini? Semasa baginda menjadi DYMM SPB YDP Agung, baginda selalu mengundang Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad meninjau projek projek pembangunan sekitar Lembah Klang semasa Malam Minggu, secara senyap senyap.

Mana ada SPB YDP Agung yang lain buat macam ini.

Lagi satu, semasa baginda dilantik menjadi SPB YDP Agung, baginda seorang sahaja Raja Melayu yang tak ubahsuai Istana Negara dan segala gaji dan elauns baginda dan baginda Raja Permaisuri Agung yang diperuntukan Kerajaan Persekutuan melalui Akta Parlimen tidak diambil, malah dijadikan biasiswa untuk pelajar kurang bernasib baik.

Last edited by BigGuyDotCom on Tue Nov 07, 2006 12:02 am; edited 1 time in total

Thursday, November 02, 2006

Bush dan Abdullah Badawi

Keduanya sama saja.


Bush dan Abdullah : Keduanya bercakap lebih baik semasa mereka belum menduduki kerusi tertinggi berbanding selepas menjadi pemimpin.
Bush dan Abdullah : Mereka dipermainkan dan dipersendakan oleh rakyat biasa.
Bush dan Abdullah : Keduanya melakukan perkara yang tidak disukai rakyat. Walaupun mereka kata rakyat boleh menerimanya. Atau memaksa untuk menerimanya.
Bush dan Abdullah : Menganggap diri mereka popular sebenarnya mereka semakin dibenci rakyat.
Bush dan Abdullah : Mereka melakukan kadangkala melucukan. Bush dengan perangai tidak baiknya seperti meludah dan tersandung kaki semasa turun dari kapal terbang. Manakala Abdullah dengan sikap pelupanya dan aksi muka seposen bila tidak tahu apa yang hendak dikatakan.
Bush dan Abdullah : Mereka menjawab soalan wartawan atau siapa saja dengan cara yang selalu merepek-repek. Menjawab soalan tanpa fakta dan bukti.
Bush dan Abdullah : Menganggap perjalanan politik mereka adalah betul tapi sebenarnya mereka membawa negara dalam kemusnahan.
Bush dan Abdullah : Anggapan bahawa polisi ekonomi mereka adalah baik hanyalah indah di dada akhbar. Sedangkan rakyat semakin parah.
Bush dan Abdullah : Bush membebani rakyat dengan perbelanjaan peperangan manakala Abdullah pula dengan dasar penjimatan subsidi kerajaan yang menyebabkan minyak naik dan perbelanjaan harian semakin tinggi.
Bush dan Abdullah : Diberikan nasihat yang tidak masuk akal dan tidak logik. Nasihat tersebut hanya untuk mengaburi penglihatan mereka dari kesalahan punahsihat mereka. Ada juga nasihat yang diberikan oleh orang yang ingin mengampunya.
Bush dan Abdullah : Memberikan kepercayaan kepada saudara dan rakan untuk menjalankan dan menerima projek kerajaan.
Bush dan Abdullah : Menipu di televisyen dan kemudiannya mengaku secara tidak sengaja. Semakin mereka melakukan penerangan pada satu-satu isu, rakyat semakin kurang percaya kepada mereka.
Bush dan Abdullah : Bila berucap, mereka selalu bertutur dengan bahasa yang sukar difahami. Malah, adakala mengantuk untuk didengar. Melainkan mereka membuat lawak yang tidak disengajakan.
Bush dan Abdullah : Bush mengorek hidung semasa perlawanan baseball. Abdullah pula tidur semasa mesyuarat.
Bush dan Abdullah : Bush selalu bercuti dan balik keladangnya. Abdullah selalu berjalan dan memberikan cuti yang terlalu banyak kepada rakyatnya hinggakan banyak perkara yang tertangguh.
Bush dan Abdullah : Mereka lebih kepada untuk kepentingan diri sendiri dan bukan kepada bangsa, rakyat, negara dan agama.
Bush dan Abdullah : Dasar keselamatan negara yang goyah. Keterbukaan yang tidak terbuka. Bush dengan dasar terhadap umat Islam. Manakala Abdullah pula dengan dasar yang kini semakin mengancam perpaduan kaum. Tiada satu pun yang terbukti baik.
Bush dan Abdullah : Keduanya tidak mahu mendengar nasihat rakyat. Mereka kata rakyat dijaga dan didengari suara mereka sedangkan kini rakyat semakin merintih.
Bush dan Abdullah : Dasar mereka dalam ekonomi membuat negara mereka semakin tidak stabil.
Bush dan Abdullah : Seoarang dengan 'I'nya dan seorang lagi dengan 'saya'.
Bush dan Abdullah : Kononnya mereka melakukan perancangan terperinci yang membawa kepada lebih peluang pekerjaan dan peningkatan ekonomi, namun hakikatnya, rakyat semakin terdesak akibat kekurangan pekerjaan.
Bush dan Abdullah : Bush dan kawannya berjaya meningkatkan kadar jenayah dan terorist di seluruh dunia. Manakala Abdullah Badawi dan kawan-kawan berjaya meningkatkan kadar jenayah di Malaysia disamping mengiktiraf Mat Rempit.
Bush dan Abdullah : Syarikat di Amerika berlumba untuk beroperasi di luar negara mereka akibat tekanan ekonomi dinegara sendiri. Namun, di Asia Tenggara, kini syarikat dari Amerika ini lebih memilih untuk pergi ke Indonesia berbanding ke Malaysia. FDI di Malaysia turun dibawah prestasi Indonesia walaupun hakikatnya, Malaysia lebih aman.
Bush dan Abdullah : Sombong dengan jawatan mereka. Berbelanja menggunakan duit rakyat untuk kesenangan diri mereka semata-mata.
Bush dan Abdullah : Bush berkawan dengan syaitan untuk menyerang negara lain. Manakala Abdullah Badawi pula berbaik dengan musuh untuk menjahanamkan ekonomi Malaysia.
Bush dan Abdullah : Bush menggunakan taktik busuk untuk menang pilihanraya Presiden manakala Abdullah terpaksa menangguhkan Pemilihan UMNO untuk terus kekal lebih lama.
Bush dan Abdullah : Bush ada adiknya untuk menggantikan dirinya pada masa akan datang manakala Abdullah ada menantunya untuk meneruskan dinastinya.
Bush dan Abdullah : Mereka berdua mengawal media dengan lebih gigih walaupun semakin lama semakin ramai rakyat yang tidak percaya kepada media-media mereka. Keduanya memutarbelitkan berita asalkan beritanya nampak menarik.
Bush dan Abdullah : Bush ada Cheney. Abdullah dengan Patrick Badawinya pula.
Bush dan Abdullah : Mereka sama-sama bodoh, dungu, bebal, sombong dan hodoh. Tapi masih lagi menganggap diri mereka bijaksana dan handsome.


Yang berbeza hanyalah...


Bush dan Abdullah : Bush kapir manakala Abdullah Badawi Islam Hadari.
Bush adalah Perdana Menteri Amerika manakala Abdullah Badawi ialah Presiden Malaysia!!!

Kesimpulannya Bush dan Abdullah : Mereka hampir sama!


Tahniah rakyat Malaysia dan rakyat Amerika. Kamu sungguh beruntung!

Bush Video


Abdullah Video - Dengar dengan teliti apa yang dibebelkannya. Bukan mengenai isu negara. Tapi mengenai peribadinya.

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes