« Home | Apa pula nawaitu Paklah? » | Kemana hilangnya mereka ketika banjir? » | TMM 2007 » | Mencipta bukan mengguna » | Bangsa Bermaruah Bermula Darimu! » | M power! » | Tun Dr Mahathir Sakit » | Cabaran UMNO Menghadapi Wawasan 2020 - Tun Dr Maha... » | Perjuangan Yang Belum Selesai » | Testing... testing... 123 out and over »

Batu Talam - Kelemahan PakLah

Parti Pembangkang 'kononnya' telah mengambil keputusan untuk memboikot pilihanraya kecil Batu Talam. Mereka memberi alasan bahawa kemungkinan tidak akan berlakunya keadilan di dalam pilihanraya kecil tersebut.

Wakil rakyat BN pula memberi alasan yang pembangkang memulaukan pilihanraya tersebut akibat dari takut kalah teruk. Namun pada pendapat saya, kalau mereka takut, kenapa pada pilihanraya umum 2004, mereka masih lagi meletakkan calon di Johor, iaitu kubu kuat BN dan UMNO. Dan akhirnya mereka menang 1 kerusi tanpa bertanding? Adakah dakwaan wakil rakyat BN ini berasas?

Apapun juga pendapat mereka. Pada pendapat saya, PakLah dan kerajaan BN adalah pihak yang paling rugi jika pembangkang memboikot untuk tidak menyertai pilihanraya kecil ini. Apatah lagi jika BN menang tanpa bertanding. Ini kerana tanpa pertandingan, PakLah tidak dapat mengukur sokongan sebenar rakyat di semenanjung terhadap kerajaan dibawah pimpinannya. Malahan, menang tanpa bertanding juga mungkin boleh memakan tuan di masa akan datang. Tanpa pertanding, tiada statistik atau ukuran yang boleh dibuat. Sentimen rakyat atas tindakan kerajaan seperti kenaikkan beban yang mereka tanggung selain kejatuha taraf hidup juga tidak dapat diukur. Keadaan ini berbeza berbanding pilihanraya negeri di Sarawak. Pada pendapat saya, Sarawak dan semenanjung memmpunyai cara mereka yang tersendiri. Namun, seperti yang kita ketahui, sokongan terhadap BN menurun selepas pilihanraya di Sarawak di umumkan. Tidakkah kita ingin ketahui apa keputusannya di semenanjung?

Dengan adanya pilihanraya kecil di Batu Talam ini, sekurang-kurangnya, PakLah dan seangkatannya dapat menilai dan dapat mengubah keadaan sebelum PUM akan datang. Tak kiralah sama ada PakLah sendiri ingin berubah atau mungkin 'merasuah' rakyat dengan apa sekalipun. Itu terpulang padanya. Namun, PakLah masih lagi dapat berjaga-jaga sebelum datangnya bah besar. Kemenangan 'mengelat' BN di Batu Talam, mungkin boleh memakan PakLah dimasa akan datang. Percayalah...

Labels:

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes