« Home | Bila gendang perang bermula » | Father's Trade Alliance - FTA » | Kapal Terbang 69 » | Macam isi dan kuku » | Daulat » | Permainan Budak Besar! » | Civilisational Islam » | Keterbukaan. » | Imej PakLah » | X »

1 Trillion

Jumlah dagangan Malaysia mencecah 1 trillion ringgit atau dengan kata lain 1000 billion ringgit. Kalau di letak dengan angka ianya menjadi
RM 1,000,000,000,000.00
Satu jumlah yang sangat besar! Namun pada pendapat saya, jumlah ini sepatutnya telah dicapai setahun dua yang sudah. Pastinya jika kerajaan menitik beratkan ekonomi di Malaysia, jumlah yang diumumkan semalam jauh lebih tinggi dari jumlah ini.

Namun, tiada gunanya kalau kita mempunyai nilai dagangan melebihi 1 trillion atau 100 trillion sekalipun kalau nilai tersebut tidak membawa sebarang kebaikkan kepada rakyat. Angka-angka tadi hanya sampai disatu peringkat dan hilang begitu saja. Hasilnya tidak kelihatan.

1 trillion hanyalah angka yang boleh di lihat di dada akhbar. Di khabarkan betapa besarnya nilai tersebut. Menguatkan sokongan bahawa parti pemerintah mampu mengawal ekonomi dengan baik. Namun, tidak semudah itu rakyat akan percaya dengan angka. Kerana rakyat seperti saya tidak perlukan nilai angka hingga 15 digit untuk pergi membeli ayam atau mengisi minyak. Cukup hanya 30sen untuk mengubah perasaan rakyat. Rakyat masih lagi dibebani dengan kadar inflasi yang agak tinggi. Kurangnya nilai wang mereka dan sebagainya. Ini yang penting bagi orang dibawah. Bukannya nilai yang besar ditunjukkan kepada rakyat.

Kembalikan kepercayaan rakyat dengan membantu mereka kembali. Tiada gunanya meletakkan angka yang sangat besar jika rakyat masih lagi dirantai dengan pelbagai kenaikkan dan kesusahan. Bukan jutaan ringgit yang kami pinta. Tapi, cukuplah sekadar memberi nilai yang lebih dari pendapatan kami.

Utusan

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes