« Home | Daulat » | Permainan Budak Besar! » | Civilisational Islam » | Keterbukaan. » | Imej PakLah » | X » | RM 1 Juta yang 'bermakna' » | Batu Talam - BN vs Bebas » | Batu Talam - Kelemahan PakLah » | Apa pula nawaitu Paklah? »

Macam isi dan kuku

...Mari tepuk-tepuk bahu...

Saya mendapat tulisan ini di laman Forum myKMU. Disini. Sesiapa yang tak pernah pergi laman forum myKMU. Dipersilakan untuk mendaftar dan berforum dengan hati yang terbuka.

25 Ogos 2005
Taufan Katrina mula melanda Florida.

19 Disember 2006
Banjir besar mula melanda Johor.

29 Ogos 2005
Presiden George W. Bush menyambut harijadi Senator Arizona John McCain.



21 Disember 2006
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih bercuti di Greece.

30 Ogos 2005
Bush masih bercuti di Crawford, Texas.

Beliau bermain gitar bersama penyanyi 'country', Mark Willis.



31 Ogos 2005
Bush meninjau kemusnahan akibat Taufan Katrina dari Air Force One, dalam perjalanan balik ke Washington.



23 Disember 2006
Pak Lah akhirnya melawat mangsa banjir di Tangkak.

2 September 2005
Bush akhirnya melawat mangsa banjir di New Orleans. Bantuan makanan sebanyak 3 tan untuk mangsa di St. Bernard Parish dan Algiers Point tidak dapat diagihkan apabila trafik udara dihentikan bagi membolehkan lawatan Bush.

25 Disember 2006
Pak Lah menyambung cuti ke Perth. Untuk makluman, Bush memendekkan 2 hari daripada tempoh percutian beliau. Pak Lah gagal dalam usaha beliau untuk meniru bulat-bulat tindakan Bush.

Untuk makluman juga, Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Michael Brown, telah meletakkan jawatan selepas dikritik hebat kerana pengendalian operasi agensi tersebut ketika Taufan Katrina.

29 Disember 2006
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyumbangkan sebanyak 130 ekor lembu kepada 34 buah masjid dan 40 surau di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad ini - Utusan Malaysia

Kepala Batas. Johor boleh pergi mati tenggelam.

Labels: ,

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes