« Home | Keterbukaan. » | Imej PakLah » | X » | RM 1 Juta yang 'bermakna' » | Batu Talam - BN vs Bebas » | Batu Talam - Kelemahan PakLah » | Apa pula nawaitu Paklah? » | Kemana hilangnya mereka ketika banjir? » | TMM 2007 » | Mencipta bukan mengguna »

Civilisational Islam

Civilisational Islam

DAVOS (Switzerland): Malaysia believes the Islam Hadhari (Civilisational Islam) spirit can help inspire the rules for a global neighbourhood in a multi-cultural world.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said it was a spirit that promoted tolerance and understanding, moderation and peace, and freedom and justice for all.


Tak pastilah... Sama ada apa yang di tulis The Star ini salah atau apa. Malah, saya memang tak pernah untuk hendak membaca apa saja yang berkaitan Islam Hadhari.

Apakah selama ini Islam tidak lagi cukup bertamadun atau cukup maju? Adakah Islam perlu di ubah dengan caranya untuk lebih bertamadun? Maaf, saya bukan seorang yang arif berkenaan agama. Tapi, saya sangat bersetuju dengan Tun Dr Mahathir. Islam yang asal. Yang tiada Hadhari, Sunnah atau Syiah adalah cukup sempurna. Islam yang diturunkan pada Nabi Muhammad jugalah yang akan sesuai pada seluruh umat Islam tidak kira sama ada ia bermula sekarang atau 10 ribu tahun akan datang.

Islam adalah sempurna. Namun, manusia yang menjadikan Islam itu tidak sempurna. Dengan kata lainnya, perangai penganut agama Islam itu sendiri yang patut ditamadunkan lagi. Siapa sebenarnya yang tidak baik? Islam atau umat Islam?

Adakah umat Islam atau mungkin pemimpin Islam yang menipu, bongkak diri, pendendam, pengganas atau sebagainya itu yang tidak baik atau Agama Islam yang menyuruh penganutnya merendah diri, bekerja sama, menghormati dan sebagainya itu yang tidak baik?

Jika, seorang Islam itu menipu atau melarikan diri dari tugas. Adakah kita hendak menyalahkan Islam? Kononnya Islam itu kurang lengkap lagi dengan zaman ini? Atau kita hendak menyalahkan orang itu sendiri? Tak perlu kita memaksa orang bukan Islam untuk mempercayai kita kalau diri kita sendiri masih tidak sempurna. Tidak perlu ada ajaran atau pembaharuan di dalam Islam kalau diri kita sendiri masih di takuk yang sama. Dan yang pasti tak perlu mengajar orang lain tentang kebaikkan Islam kalau diri sendiri masih tidak menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang asas. Sesiapa juga.


~Umat Islam Biasa~

Labels:

Links to this post

Create a Link

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes