« Home | Imej PakLah » | X » | RM 1 Juta yang 'bermakna' » | Batu Talam - BN vs Bebas » | Batu Talam - Kelemahan PakLah » | Apa pula nawaitu Paklah? » | Kemana hilangnya mereka ketika banjir? » | TMM 2007 » | Mencipta bukan mengguna » | Bangsa Bermaruah Bermula Darimu! »

Keterbukaan.

Keterbukaan.

Minggu lepas saya ada membeli sebuah buku bertajuk "Finding your strength in life". Ini bukunya. Buku ini memang bagus dan sesuai di baca oleh semua orang termasuklah para pemimpin dan para pengendali akhbar di Malaysia.



Mencari kekuatan diri sebelum memimpin dan mengemudi negara dan syarikat amat diperlukan. Ini kerana, tanpa kekuatan dalam diri kita. Besar kemungkinan kita tidak akan dapat menghasilkan keputusan yang terbaik untuk diri kita dan orang lain. Lebih malang kalau keputusan yang dibuat akan menyusahkan dan membebankan diri orang lain.

Hari ini, saya akan ulas dan cerita sedikit mengenai salah satu topik yang diceritakan di dalam buku ini. Be open.

Kononnya, pemerintah di zaman ini adalah pemerintah yang terbuka dan bertanggungjawab. Adakah kita fikir begitu? Mungkin ada benarnya... Tapi bukan segalanya. Adakalanya, kita tidak perlu terbuka dalam semua perkara terutamanya jika keterbukaan yang kita cari boleh menyebabkan perselisihan pendapat dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Mungkin pemimpin, atau kepala segala pemimpin di Malaysia boleh belajar untuk menjadi lebih terbuka dalam maksud yang lebih baik. Terbuka untuk mendedahkan rahsia dan perkara yang ingin di ketahui oleh rakyat. Supaya rakyat tidak keliru dan sangsi dengan apa yang mereka lakukan. Kenapa Paklah dan angkatannya masih berselindung disebalik OSA atau apa saja? Tidak ada apa yang perlu mereka takutkan jika apa yang berlaku adalah benar.

"It is hate and suffering that prosper in secret"



Kemarahan dan kebencian rakyat semakin memuncak bila kerajaan cuba berselindung dan menyembunyikan rahsia. Sama ada mereka tidak mahu menjawab atau sememangnya "I don't know, I'm not involve". Dari cerita Jambatan Bengkok, isu air, isu tol, minyak dan sebagainya. Kerajaan tak perlu menyediakan jawapan yang terlalu sukar untuk rakyat faham. Tak perlu juga menyediakan buku kecil yang tidak tahu dimana di edarkan jika ia semakin menimbulkan kesangsian.

Mereka perlu lebih terbuka dengan jawapan yang mereka ada. Kenapa tidak didedahkan saja dokumen keuntungan atau kerugian syarikat tol? Sekurang-kurangnya rakyat tahu syarikat tersebut tidak mendapat untung yang melampau. Atau mungkin syarikat konsesi perlukan kenaikkan untuk menanggung perbelanjaan yang semakin tinggi. Tidak perlu ada demonstrasi dan tak perlu beritahu media untuk sembunyikan cerita mengenai demonstrasi tadi. Tidak perlu juga ada rakyat yang cedera akibat 'dibelasah' oleh pasukan keselamatan.

"The painful truth told now is better than an unhappy life lived in silence. Tell it." - Itulah yang Tun dan rakyat tengah suarakan. Walaupun adakalanya ia menyakitkan hati sesetengah orang.

Ya, zaman Tun Dr Mahathir adalah zaman yang tidak terbuka. Kononnya. Media tidak bebas untuk menyiarkan cerita mengenai masalah perkauman atau sebagainnya. Kononnya. Orang yang menyebarkan berita tidak baik akan di ISAkan. Kononnya. Tun Mahathir memerintah dengan kejam dan digelar Mahafiraun.

Tapi, kita masih lagi dengar berita mengenai demonstrasi. Tunjuk perasaan rakyat. Masih lagi kita tonton berita di TV3 mengenai demonstrasi ganas penyokong Anwar. Bakar tayar, pecah cermin kereta dan baling batu pada polis. Kita masih lagi dengar Anwar berceramah keliling Malaysia. Dan seperti yang kita ketahui, isu Anwar hanyalah isu peribadi. Kononnya, dia tidak bersundal. Dan tidak salah gunakan kuasanya.

Kenapa tidak benarkan keterbukaan rakyak? Kenapa perlu menghalang Tun? Kenapa syarikat milik kerajaan perlu menyaman pemilik blog? Apa yang ditimbulkan sekarang adalah isu rakyat. Isu semasa. Isu negara. Maruah negara dan sebagainya. Kenapa kerajaan dan PakLah masih mahu sembunyi. Kenapa proksi kerajaan mesti menggunakan taktik yang tidak sepatutnya? Baling batu sembunyi tangan?

Adakah mungkin hanya saya yang tertanya-tanya. Apa yang sudah jadi dengan siasatan kes politik wang di Kubang Pasu dan siasatan kes 'sembur' Tun di Kelantan? Dimana hasil siasatan? Kenapa terlalu lama? Saya yang menunggu pun sudah tak sabar untuk tahu apa hasilnya. Apatah lagi Tun Mahathir. Apa pula terjadi dengan cerita lain? Cerita siasatan PAC? Kapal layar dan segalanya?

Buat PakLah, bukakanlah hati mu itu. Semoga Imam Ghazali atau segala Hadhari yang dia cari akan ditemui. Bila dia lebih terbuka dengan maksud sebenar. Terbuka untuk memahami apa yang yang rakyat mahukan. Terbuka untuk tidak menyembunyikan perkara yang benar. Dan terbuka untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Sama ada untuk menjawab soalan Tun atau soalan rakyat. Katakan saja Paklah. Tidak perlu menjawab tidak tahu atau terus tidak menjawab langsung. Tidak perlu juga menyuruh menteri atau siapa saja untuk menjawab bagi pihaknya. Katakan apa yang terbuku di dalam hati. Selagi PakLah simpan, ia akan menjadi dendam. Ia akan membelenggu dirinya. Mungkin menjadi sesuatu yang tidak baik. Keputusan tidak baik yang datang dari seorang "saya perdana menteri" akan mendatangkan malapetaka bagi rakyat sekalian. Ianya untuk kebaikkan rakyat juga. Tanpa jawapan, rakyat semakin sangsi. Tanpa jawapan, rakyat semakin membenci. Tidak perlu tunggu pilihanraya untuk berikan jawapan dan janji.




Apa yang saya harapkan, kalau sudah mahu terbuka dengan rakyat. Janganlah sampai menjadi kurang ajar. Jangan sampai mencabar kononnya dia anak jantan. Tidak perlu kurang ajar atau keluarkan keris untuk membuktikan diri ini terbuka dan mendokong harapan setiap rakyat dan bangsa. Sikap yang terbuka dan tiada rahsia adakalanya baik di simpan untuk beberapa perkara.

Dan jangan pula hingga berbohong. Tidak tahu, katakan tidak tahu. Pembohongan akan diketahui juga akhirnya. Padahnya akan menimpa diri sendiri dan rakyat akhirnya.

Jadi, terbukalah dengan segala apa yang kami mahukan selagi ia tidak menyusahkan kami. Sekian...


~saya hanya rakyat biasa yang mahukan jawapan bukannya alasan~

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes