« Home | Father's Trade Alliance - FTA » | Kapal Terbang 69 » | Macam isi dan kuku » | Daulat » | Permainan Budak Besar! » | Civilisational Islam » | Keterbukaan. » | Imej PakLah » | X » | RM 1 Juta yang 'bermakna' »

Bila gendang perang bermula

Maaf kerana lama tidak update blog ini.

Tun di calonkan sebagai bakal Pemenang hadiah Nobel.

Dan pada waktu ini, beliau juga mengusahakan untuk membicarakan Bush dan Blair sebagai penjenayah perang. Perkara dan segala hal yang berkaitan keamanan sejagat sedang dibincangkan di PGPO.

Namun saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh salah seorang blogger. Penarik Beca. Kalau Bush dan Blair dibicarakan sebagai penjenayah perang. Bagaimana pula dengan Paklah dan rakan-rakan? Mereka bukan penjenayah perang. Tapi apakah mereka tiada kesalahan untuk dibicarakan?

Jika bloggers bersatu dan 'mampu' menubuhkan seakan-akan (walaupun bunyinya agak mustahil) tribunal yang di tubuhkan oleh PGPO. Maka, saya cadangkan tuduhan ini dikenakan pada orang-orang berikut. Biarlah hukumannya ditentukan kemudian.

Senarai pertuduhan
  1. Menipu rakyat secara terbuka walaupun temuramah di lakukan secara tidak langsung. Ditakuti, dari perbuatan menipu, sikapnya akan menjadi seorang pencuri.
  2. Meninggalkan tugas dan kebajikan rakyat terutamanya kesusahan mangsa banjir untuk pergi bercuti. Kononnya memantau dari jauh.
  3. Memberikan kontrak secara 'tender terpilih' kepada saudara mara. Saya cadangkan. Scomi diberikan kontrak untuk mengepam tayar lrt dan keretapi bernilai RM100 juta bagi tempoh 3 tahun.
  4. Tidak kisah jika Proton mengalami kerugian. Walaupun mungkin akan mengakibatkan ribuan pekerja akan mengalami masalah.
  5. Tidak mengambil tindakan terhadap NST apabila menyiarkan kartun yang menghina Nabi Muhammad sedangkan akhbar lain pula dikenakan tindakan keras.
  6. Membenarkan editor dan pengurusan dan akhbar untuk memutarbelitkan berita dan fakta untuk kepentingan diri. Namun apabila bloggers mengeluarkan fakta dan cerita, mereka yang menipu inilah yang menyaman bloggers.
  7. Membenarkan rakyat asing untuk memasuki Malaysia tanpa pasport dengan adanya SJER. Tidak dapat pasir, mereka dapat tanah.
  8. Membenarkan Singapura bermaharajalela untuk memijak dan menjatuhkan maruah Malaysia dengan bayaran, permainan golf percuma seround.
  9. Membenarkan seorang editor dan pengurusan yang tidak dipercayai rakyat untuk mengawal akhbar milik parti kerajaan. Adakah ini akan berlaku?
  10. Tidur ketika mesyuarat dan perhimpunan. Dan terpinga-pinga apabila disoal wartawan.
Itu hanya cadangan. Mungkin ianya sangat tidak praktikal. Dan lebih banyak lagi alasan dan sebab yang lebih baik. Namun, ia hanyalah permulaan dari saya. Kerana pada saya, dalam sesuatu yang dinamakan 'perbicaraan', hanya fakta dan cerita yang benar sahaja akan diambil kira.

Tidak lupa juga ingin saya ingatkan. Ada baiknya, jika pada hujung minggu ini kita membawa kawan, keluarga dan sesiapa saja ke pameran anti perang di PWTC. Biarlah mereka memahami akan betapa pentingnya kita perlu mempertahankan kedaulatan dan keamanan yang kita miliki sekarang ini. Agar ia akan berterusan untuk selamanya. Demi agama bangsa dan negara. Tidak kira dari kuasa besar atau dari kuasa kecil yang menganggap diri mereka besar. Gambar dari LensaMalaysia.

-Tambahan-
Temuramah eksklusif Tun dan Malaysia Kini. - Untuk cerita penuh. Langgani Malaysiakini

Labels:

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes