« Home | Batu Talam - BN vs Bebas » | Batu Talam - Kelemahan PakLah » | Apa pula nawaitu Paklah? » | Kemana hilangnya mereka ketika banjir? » | TMM 2007 » | Mencipta bukan mengguna » | Bangsa Bermaruah Bermula Darimu! » | M power! » | Tun Dr Mahathir Sakit » | Cabaran UMNO Menghadapi Wawasan 2020 - Tun Dr Maha... »

RM 1 Juta yang 'bermakna'

Utusan hari ini melaporkan. Kerajaan Kelantan pimpinan PAS menderma kepada mangsa banjir sebanyak RM 1 juta. Sebelum ini, PAS juga telah menyumbangkan RM 45 ribu dan beras seberat 5 tan. Kerajaan negeri Kelantan juga akan menghantar 40 orang sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Dalam diam, Nik Aziz menghantar 'tenteranya' ke Johor. Benteng pertahanan UMNO Johor kian rapuh semenjak pilihanraya 2004. Di tahun itu jugalah kita dapat lihat dimana satu kerusi jatuh ke tangan pembangkang akibat kelalaian BN sendiri.

Kini, setelah dilanda 'bah' besar, kepercayaan rakyat Johor terhadap BN dan UMNO semakin longgar. Pelbagai isu ditimbulkan. Dengan isu PM lari ke luar negara untuk bercuti meninggalkan rakyat berenang sendirian. Kemudian dengan isu lain seperti isu Jambatan Bengkok dan Singapore. Rakyat mula muak. Bagus di telinga PakLah, tidak di telinga rakyat sendiri.

Mungkin, ada baiknya, PakLah tanya sendiri rakyat bila dia ke Johor. Tanya sendiri, apa pendapat rakyat tentang tindakan dan dasar yang dilaksanakannya di Johor. Biarlah rakyat menjawab dengan ikhlas. Tiada sekatan. Bukan terbuka seperti apa yang dikatakan sekarang. Tanyalah apa pandangan rakyat tentang SJER, Tambak Johor, ekonomi dan sebagainya. Buatlah lawatan mengejut ke kawasan-kawasan. Dan bukannya mengejut bercuti di luar negara.

PAS mula mencucuk jarum. DAP mungkin selepas ini. Mungkin DAP akan memulakan 'tugas' mereka di kawasan yang dilanda banjir yang mempunyai ramai kaum mereka. Kita tunggu dan lihat bagaimana parti pembangkang mula menyerang Johor. Jika BN, PakLah atau siapa saja mahu terus tidur. Maka, tidurlah. Mungkin satu masa nanti, bila semuanya telah terlambat jangan pula salahkan orang lain yang tidak mengejutkan mereka.

Labels:

Alhamdulillah.... memang patut kalau kerajaan Kelantan hulurkan bantuan 1 juta kepada johor yang ditimpa musibah alam.

Tapi kalau hulur bantuan dengan niat yang selain dari nak tolong ringankan kesusahan rakyat akibat banjir tu... emmm.... kena betulkan la kut niat tu.

Errr... tuan empunya blog, ni kerajaan Kelantan ke Parti PAS yang bagi bantuan 1 juta ni. Ada beza antara kerajaan dangan parti ni, kalau kita faham la.

Nak tau pula lepas ni... bantuan tu disalurkan/diserahkan kemana?

Post a Comment

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes