« Home | TMM 2007 » | Mencipta bukan mengguna » | Bangsa Bermaruah Bermula Darimu! » | M power! » | Tun Dr Mahathir Sakit » | Cabaran UMNO Menghadapi Wawasan 2020 - Tun Dr Maha... » | Perjuangan Yang Belum Selesai » | Testing... testing... 123 out and over »

Kemana hilangnya mereka ketika banjir?

Ketika rakyat Johor memerlukan pertolongan daripada pemimpin. Masih ada lagi pemimpin yg tidak kisah dengan apa yg dihadapi oleh mereka. Sikap endah tak endah mereka membuat rakyat semakin meluat dengan perkara melalut yg mereka lakukan. Dengan atas alasan yg tidak masuk akal, para pemimpin ini tidak seakan-akan tidak kisah kesusahan yg dihadapi oleh rakyat.

Lebih daripada 70ribu mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan diseluruh Johor diwaktu puncak. Banjir yg mengorbarkan banyak nyawa dan membawa kerugian berjuta-juta ringgit tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau apa saja tentang kesusahan yg mereka hadapi. Dengan harapan, pemimpin negara dan juga pemimpin setempat mengambil berat mereka, sebaliknya masih ada lagi pemimpin yg bebal termasuklah ketua segala kabinet dapur.

Yg kita dengar setiap hari. DS Najib di Muar, di Pagoh, di Segamat, di Kota Tinggi dan di tempat lain. Kemana perginya pemimpin yg lain? Apa yg saya pasti, saya tidak mendengar nama-nama seperti Muhyiddin Yassin, Azalina dan Syed Hamid Albar balik ke tempat mereka. Adakah ini zaman dimana yg dipilih tidak perlu melihat dan membantu mereka yg pernah mengundi mereka? Adakah ini caranya dimana zamannya pemimpin beragamakan Islam Hadhari? Atau sememangnya bila pemimpin besar kencing berdiri, kabinet-kabinet sekalian turut kencing berlari?

Bila kapten pergi ke luar negara kemudian pulang sekejap menjengok dan mendukung anak kecil di muka hadapan akhbar boleh diambil kira sebagai kapten yg baik? Adakah ini pemimpin yg kita hendak? Selalu, mungkin kita dengar nama menantu kapten terpekik terlolong menyokong org melayu. Dan ketunya pula mengangkat keris. Dimana mereka ketika ketika org melayu sendiri mendapat kesusahan? Adakah mereka percaya yg menjadi mangsa ini bukan org melayu? Adakah org di Panchor? Semaseh? Bukit kepong? Lenga? Parit Botak atau dimana saja itu bukan lagi org melayu? Atau sememangnya, org melayu yg duduk di kampung ini tidak penting bagi mereka? Cukup dengan hanya tabur janji di pilihanraya 2 tahun lagi untuk mengubah kesusahan mereka sekarang?

Mungkin inilah yg berlaku bila pemimpin sudah hilang pedoman. Memberi hadiah di pesta filem India pun penting. Bermain golf di luar negara lebih penting. Malah melancarkan Puteri Nasi Kandar di Perth Australia lebih penting dari melihat dan membantu kesusahan mangsa banjir. Sepatutnya, dengan kedatangan Aidiladha dan kedatangan tahun baru membuka lembaran dan azam baru untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat. Bukan hanya setakat berkata-kata di cermin tv mengatakan apa yg mereka tidak lakukan.

Semoga mereka di berikat petunjuk dan hidayah untuk kembali kepangkal jalan setelah tersesat. Jangan biarkan mereka sesat lebih jauh. Kelak, kita juga yg akan menjadi mangsanya.

Nota : Kepada mangsa banjir, segala dugaan ini kita hadapi dengan lebih sabar dan kuatkan semangat. Mungkin, lebih besar hikmahnya kepada kita semua suatu masa nanti. Kepada mangsa kenaikkan tol, bersabarlah. Tuhan itu maha adil.




Gambar : Pelancaran Puteri Nasi Kandar di Perth, Australia. Turut bersama di majlis, Khairy, Nori dan Kamaluddin. (Aktiviti sebelum pelancaran, anda fikirkan sendiri). Mereka bergelak ketawa makan nasi yg sedap di luar negara.



Sedangkan.....
Rakyat disini sudah seminggu menanggung kesusahan. Bayangkan!

Perdana Menteri Makan Angin di Perth, naik Kapal Terbang. Rakyat naik bot depan rumah!


Percutian di Perth Mungkin ada Koala. Tapi di Semaseh, Muar, mungkin ada BUAYA!


PM ada pembantu untuk bersihkan rumah. Tapi di sini, air pun susah untuk makan dan minum


Setelah seminggu. Air bah masih ada disekeliling rumah. Tapi PM masih ada di luar negara untuk lihat air di Perth.


Bukit Kepung masih lagi terkepung dek Air Bah!


Malangnya, rumah cantik ini bukan terletak di Putrajaya. Kalau tidak, pastinya berpuluh juta ringgit disalurkan untuk membuat benteng kalis banjir seperti mana rumah PM di upgrade membuat benteng kalis teroris.


PM pakai baju cantik. Mungkin disponsor. Tak kira batik tak kira kot. Tapi, di Panchor, Muar, baju yg ada pun masih tidak lagi berbasuh. Dimana bantuan?



Alangkah malangnya mereka ini. Memang patutlah. Tun Dr Mahathir kata, pilihan pertamanya ialah DS Najib. Kita lihat bukan keupayaannya semasa banjir? Lakukan undi tidak percaya anda terhadap Presiden UMNO dan juga PM Malaysia! Sekarang!

Bantuan yang macam mana yang tuan inginkan sebenarnya. Aku tengok mangsa-mangsa banjir kat pusat penempatan tu makan kenyang sampai tak habis.

Dah namanya kena musibah... tentulah ada yang rosak dan musnah, tetapi itu semua ujian Allah. Janganla kerana tv rosak tenggelam air pun nak suruh kerajaan ganti.

shifu67,
Tak kena boleh cakap la, kami yang jadi mangsa banjir ni lebih ariff. Tahu lah tak kan nak minta kerajaan tolong. Selama ni apalah yang dia orang bantu. Kalau pun puak dia orang aje. Nak minta bantuan pun kena tunjuk kad ahli,parti mana? rumah awak tengelam ke? Kami pun sebenar tak lapar pun nasi kawah kat dewan pindah tu.
Tapi pikirlah, sebagai insan yang ada perasaan. Walau pun kami bukan ahli mana parti pun - jangan guna isu politik time musibah macam ni.
Nampak sangat sifat kronisma dan penting sendiri sendiri.

Ade ke dah enam hari lepas banjir, baru nampak muka wakil raayat,dah lah tu bagi nasi bungkus & air mineral pukul 12 mlm.

Nak tahu keadaan sebenar banjir kota tinggi tu - tengok ni, yang kat TV3/RTM yang cikit cikit aje. Semua nak cover & propa saje.

http://albaker.fotopages.com

aiseh, sabarlah. anggap tue sumer dugaan kite umat manusia. bkn die org pinta pun utk jd camtu. Atau mgkn Tuhan nak tunjukkan betapa 'besar' kita dlm alam ciptaanNya. Lagi satu, jgn lah harapkan pertolongan, cuba usaha sendiri @ sekurang2nya bawak2 bersabar. Bile dah harap sangat2 pertolongan tp x dapat, macam nie lah jadi, hati sakit... mereka tlg kita pun atas budi bicaranya, kita x bole nak pakse. btl x? fikir2kan lah.

Post a Comment

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes