Tuesday, February 27, 2007

Jangan cakap besar...

Bedengung telinga bila mendengar para pembesar mengatakan ekonomi semakin baik. Malah Khairy juga sanggup menulis di dalam akhbar bagi meminta rakyat percaya yang ekonomi semakin baik. Dengan data-data dan analisis yang cukup, akhbar memainkan data tersebut untuk membuat rakyat termakan pujukan.

Lebih banyak lagi janji ditabur. Di sana sini. Dan semalam, kononnya, indeks keselesaan bertambah baik sejak 2003. Lebih banyak lagi perkataan menarik ditaburkan.

Namun, keselesaan rakyat bukan hanya pada indeks komposit saja. Bukan bermakna saham meningkat ekonomi sudah pulih. Yang membeli saham hingga berpuluh ribu ringgit atau mungkin berpuluh ribu unit sehari bukan rakyat biasa.

Bagi pekerja kilang, penoreh getak, pemandu teksi atau GRO kelab dangdut sekali pun tidak terlibat dalam saham. Siang bekerja dan malam berehat. Saham naik setinggi 3000 mata sekalipun, masih lagi mereka di takuk yang sama. Gaji mereka belum tentu naik. Tapi, yang naik hanyalah minyak, tol dan sebagainya. Adakah ekonomi sudah baik?

PM dan anggotanya. Masih mahu meyakinkan yang dibawahnya. Ekonomi semakin sihat. Terima kasih tuan Perdana Menteri. Atas usaha anda... Tapi... Tak perlulah terlalu bercakap besar. Kalau ini jadinya, apa yang kamu mahu jawab?

Wednesday, February 14, 2007

Apa nak jadi?

Tidak kira sama ada Islam Hadhari atau tidak, jika jiwa kita sendiri tidak mencerminkan ajaran Islam yang sebenar. Maka umat Islam masih lagi dilabelkan sebagai pengganas. Inilah yang terjadi pada umat Islam yang mereka kenal.

Kalaulah Dia Orang Malaysia...

Tiada gunanya PakLah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mempromosikan Islam Hadhari seperti promosi tahun melawat Malaysia kalau perangai rakyat Malaysia ini semakin teruk. Jenayah pula semakin berleluasa.

Islam yang sebenar telah lengkap. Sehingga ke akhir zaman. Yang kita perlu sekarang ialah mencari jalan bagaimana kita boleh mendalami apa yang telah Rasullullah tinggalkan. Bukannya mencipta sesuatu yang baru kononnya ia lebih baik. Tiada yang lebih baik dari apa yang telah diturunkan.

Kepimpinan melalui tauladan. Jadi, wajib bagi PakLah, menteri-menteri (terutamanya yang beragama Islam) dan pembesar menunjukkan tauladan yang lebih baik. Bukan hanya gambar menjadi imam sebagai tatapan. Tapi jadilah tauladan kepada kami dengan sikap, perangai, dan kebijaksanaan yang terpuji. Itulah yang kita cari.

Tepuk dada tanya selera.



Nota : Tiada guna ekonomi naik 10% setahun kalau kadar jenayah pun naik 10% setahun akibat rakyat tidak berduit. Tahniah Imam Hadhari...

Labels: ,

Friday, February 09, 2007

1 Trillion

Jumlah dagangan Malaysia mencecah 1 trillion ringgit atau dengan kata lain 1000 billion ringgit. Kalau di letak dengan angka ianya menjadi
RM 1,000,000,000,000.00
Satu jumlah yang sangat besar! Namun pada pendapat saya, jumlah ini sepatutnya telah dicapai setahun dua yang sudah. Pastinya jika kerajaan menitik beratkan ekonomi di Malaysia, jumlah yang diumumkan semalam jauh lebih tinggi dari jumlah ini.

Namun, tiada gunanya kalau kita mempunyai nilai dagangan melebihi 1 trillion atau 100 trillion sekalipun kalau nilai tersebut tidak membawa sebarang kebaikkan kepada rakyat. Angka-angka tadi hanya sampai disatu peringkat dan hilang begitu saja. Hasilnya tidak kelihatan.

1 trillion hanyalah angka yang boleh di lihat di dada akhbar. Di khabarkan betapa besarnya nilai tersebut. Menguatkan sokongan bahawa parti pemerintah mampu mengawal ekonomi dengan baik. Namun, tidak semudah itu rakyat akan percaya dengan angka. Kerana rakyat seperti saya tidak perlukan nilai angka hingga 15 digit untuk pergi membeli ayam atau mengisi minyak. Cukup hanya 30sen untuk mengubah perasaan rakyat. Rakyat masih lagi dibebani dengan kadar inflasi yang agak tinggi. Kurangnya nilai wang mereka dan sebagainya. Ini yang penting bagi orang dibawah. Bukannya nilai yang besar ditunjukkan kepada rakyat.

Kembalikan kepercayaan rakyat dengan membantu mereka kembali. Tiada gunanya meletakkan angka yang sangat besar jika rakyat masih lagi dirantai dengan pelbagai kenaikkan dan kesusahan. Bukan jutaan ringgit yang kami pinta. Tapi, cukuplah sekadar memberi nilai yang lebih dari pendapatan kami.

Utusan

Thursday, February 08, 2007

Bila gendang perang bermula

Maaf kerana lama tidak update blog ini.

Tun di calonkan sebagai bakal Pemenang hadiah Nobel.

Dan pada waktu ini, beliau juga mengusahakan untuk membicarakan Bush dan Blair sebagai penjenayah perang. Perkara dan segala hal yang berkaitan keamanan sejagat sedang dibincangkan di PGPO.

Namun saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh salah seorang blogger. Penarik Beca. Kalau Bush dan Blair dibicarakan sebagai penjenayah perang. Bagaimana pula dengan Paklah dan rakan-rakan? Mereka bukan penjenayah perang. Tapi apakah mereka tiada kesalahan untuk dibicarakan?

Jika bloggers bersatu dan 'mampu' menubuhkan seakan-akan (walaupun bunyinya agak mustahil) tribunal yang di tubuhkan oleh PGPO. Maka, saya cadangkan tuduhan ini dikenakan pada orang-orang berikut. Biarlah hukumannya ditentukan kemudian.

Senarai pertuduhan
  1. Menipu rakyat secara terbuka walaupun temuramah di lakukan secara tidak langsung. Ditakuti, dari perbuatan menipu, sikapnya akan menjadi seorang pencuri.
  2. Meninggalkan tugas dan kebajikan rakyat terutamanya kesusahan mangsa banjir untuk pergi bercuti. Kononnya memantau dari jauh.
  3. Memberikan kontrak secara 'tender terpilih' kepada saudara mara. Saya cadangkan. Scomi diberikan kontrak untuk mengepam tayar lrt dan keretapi bernilai RM100 juta bagi tempoh 3 tahun.
  4. Tidak kisah jika Proton mengalami kerugian. Walaupun mungkin akan mengakibatkan ribuan pekerja akan mengalami masalah.
  5. Tidak mengambil tindakan terhadap NST apabila menyiarkan kartun yang menghina Nabi Muhammad sedangkan akhbar lain pula dikenakan tindakan keras.
  6. Membenarkan editor dan pengurusan dan akhbar untuk memutarbelitkan berita dan fakta untuk kepentingan diri. Namun apabila bloggers mengeluarkan fakta dan cerita, mereka yang menipu inilah yang menyaman bloggers.
  7. Membenarkan rakyat asing untuk memasuki Malaysia tanpa pasport dengan adanya SJER. Tidak dapat pasir, mereka dapat tanah.
  8. Membenarkan Singapura bermaharajalela untuk memijak dan menjatuhkan maruah Malaysia dengan bayaran, permainan golf percuma seround.
  9. Membenarkan seorang editor dan pengurusan yang tidak dipercayai rakyat untuk mengawal akhbar milik parti kerajaan. Adakah ini akan berlaku?
  10. Tidur ketika mesyuarat dan perhimpunan. Dan terpinga-pinga apabila disoal wartawan.
Itu hanya cadangan. Mungkin ianya sangat tidak praktikal. Dan lebih banyak lagi alasan dan sebab yang lebih baik. Namun, ia hanyalah permulaan dari saya. Kerana pada saya, dalam sesuatu yang dinamakan 'perbicaraan', hanya fakta dan cerita yang benar sahaja akan diambil kira.

Tidak lupa juga ingin saya ingatkan. Ada baiknya, jika pada hujung minggu ini kita membawa kawan, keluarga dan sesiapa saja ke pameran anti perang di PWTC. Biarlah mereka memahami akan betapa pentingnya kita perlu mempertahankan kedaulatan dan keamanan yang kita miliki sekarang ini. Agar ia akan berterusan untuk selamanya. Demi agama bangsa dan negara. Tidak kira dari kuasa besar atau dari kuasa kecil yang menganggap diri mereka besar. Gambar dari LensaMalaysia.

-Tambahan-
Temuramah eksklusif Tun dan Malaysia Kini. - Untuk cerita penuh. Langgani Malaysiakini

Labels:

Friday, February 02, 2007

Father's Trade Alliance - FTA

Malaysia cabar AS -- Sedia batalkan rundingan FTA jika terus diugut kuasa besar itu

Mampukah kita?

FTA - Adakah mungkin suatu masa nanti kita perlu gantikan FTA ini kepada Father's Trade Alliances?

FTA antara M'sia dan Amerika seperti yang kita ketahui bertujuan untuk meningkatkan lagi perdagangan antara dua negara. Kononnya, dengan selesainya rundingan tersebut nanti, peluang peniaga dan usahawan dari Msia melabur dan mendapat kontrak kerajaan Amerika akan menjadi lebih mudah. Begitu juga sebaliknya.

Walaubagaimanapun rakyat masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku di dalam perbincangan antara wakil Msia dan Amerika. Apa yang dibincangkan? Apakah kesan-kesan yang akan kita hadapi? Apakah kebaikkan kepada para graduan pada masa akan datang? Bolehkah perjanjian ini di batalkan jika terdapat unsur-unsur yang hanya memberikan kelebihan pada pihak Amerika jika ianya berlaku di masa akan datang? Tidakkah terdapat perkara tersembunyi yang akan menjatuhkan kita sebagai sebuah negara berdaulat? Adakah ia akan menjadi seperti perjanjian Msia dan Jepun yang mana PakLah bersetuju untuk bertukar-tukar sayur dengan kereta? Itu yang sebahagian besar daripada kita ingin tahu. Bukan sahaja kepada diri kita, tetapi kepada generasi akan datang.

Apakah masalah akan timbul jika perjanjian ini dimenterai? Pada pendapat saya, kemungkinan besar akan berlaku masalah akan tetap ada. Lihat saja apa yang telah berlaku pada FTA antara Amerika dan jirannya Canada. Apa yang berlaku ada disini. Malah, banyak lagi perjanjian serupa ini yang kononnya akan menguntungkan negara lain dan berakhir mereka menanggung kesan yang lama. Mungkin ekonomi akan sedikit meningkat namun, ada pula kesan yang berlaku pada alam sekitar mereka. Kesan secara tidak langsung inilah yang perlu diberi perhatian yang lebih serius.

Cuba baca mengenai FTA antara Australia dan Amerika. - Link1- Link 2 -
Begitu juga dengan kritikkan dan bantahan mengenai FTA yang lain. - Link 3 - Link 4 -

Seperti yang kita ketahui, para peniaga dan usahawan dari Malaysia masih belum mampu untuk bersaing dengan pesaing dari negara mereka sendiri dari segi kualiti dan teknologi. Selain daripada itu, nilai kewangan antara kedua belah negara juga memberikan kelebihan ini kepada mereka. Mereka mampu untuk menyediakan modal yang lebih besar untuk merebut kontrak di Malaysia lebih-lebih lagi setiap kali projek mega di lancarkan. Manakala usahawan di Malaysia terpaksa menyediakan modal yang mungkin jauh lebih besar jika mahu mendapat kontrak mega di Amerika Syarikat.

Buat permulaan, kita boleh mencuba untuk mendapat kontrak membekalkan kari daging dan nasi kandar di dalam tin kepada askar Amerika Iraq. Atau membekalkan roti kosong dan nasi lemak kepada angkasawan NASA.

Yang beruntung pasti sekali yang ada kaitan dengan FTA (Father's Trade Alliance). Kerajaan Malaysia mungkin akan mencadangkan dan memberi nama syarikat yang 'berkaliber' anggota FTA ini bagi memudahkan kerajaan Amerika memilih mereka. Maklumlah, ada di antara syarikat di negara kita yang tidak mempunyai banyak pesaing di dunia. Ini bermakna, peluang perniaga kita untuk mendapat kontrak itu sangat besar! Termasuklah untuk membekal centrifudge kepada mereka.

Saya tidak katakan yang perjanjian antara Amerika dan kita tidak akan mendatangkan sebarang kebaikkan kepada rakyat. Mungkin banyak kebaikkannya. TAPI adakah ianya akan mendatangkan kebaikan untuk rakyat keseluruhannya? Apa gunanya 30 orang usahawan dan peniaga menjadi billionare kalau berjuta yang lain menjadi semakin susah akibat masalah-masalah sampingan yang akan timbul?

Tapi, berdasarkan masalah di atas. Mengenai desakkan ahli politik Amerika supaya Malaysia menghentikan perhubungan perdagangan antara Malaysia dan Iran. Adakah pemimpin Malaysia berani untuk membatalkan rundingan FTA ini? Adakah mungkin pemimpin kita tunduk pada desakan ahli politik Amerika agar kita menghentikan hubungan perdagangan dengan Iran? Mungkinkah akan ada pihak Amerika yang akan membangkitkan hal berkaitan skandal Oil for Food dan cerita centrifuge bagi mendesak Malaysia tunduk kepada mereka?

Entahlah, keputusan di tangan pemimpin besar. Apa yang saya harapkan, apa saja rundingan, biarlah ia mendatangkan kebaikkan kepada keseluruhan rakyat dan bukannya individu tertentu sahaja. Kalau boleh, janganlah FTA di antara negara kita dengan Amerika ini menjadi seperti kisah AP. Sedikit yang makin kaya yang banyak yang lain semakin miskin.

ps - Muskil, kenapa berita FTA ini tidak mendapat perhatian dari akhbar lain dengan lebih meluas?

Jawapan sini Tun mengenai kapal terbang baru...

Ia amat diperlukan…ia amat diperlukan…patutnya 747 atau A380 tetapi kerajaan amat berhati-hati kerana kerajaan tak ada duit..kapal terbang itu cuma berharga RM200 juta… Ia tidak dibeli oleh kerajaan. Ia dibeli oleh pihak lain. Pihak lain itu dimiliki 100 peratus oleh kerajaan.

Labels: ,

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes