Tuesday, January 30, 2007

Kapal Terbang 69

Yang tersimpul di dalam kepala saya...

PMB menempah kapal terbang VVIP. Disewakan kepada kerajaan. Duit sewaan tadi dibayar oleh kerajaan. Keuntungan PMB adalah juga keuntungan Khazanah kerana PMB adalah anak syarikat Khazanah. Keuntungan PMB akan diserahkan kepada Khazanah. Dan keuntungan Khazanah adalah keuntungan kerajaan.

Pengerusi Khazanah adalah juga Perdana Menteri atau orang yang akan menyewa dan menggunakan kapal terbang tersebut. Ahhh... 69.


"Why do we (the government) have to buy aircraft? If we buy, we have to undertake repairs and expend on many other things." - Yg tersimpul menyimpulkan. Kerajaan akan menyewa, membeli, membaiki dan menanggung kos kapal terbang miliknya sendiri.


Abdullah berkata, kos RM200 juta seperti yang didakwa digunakan untuk membeli pesawat itu bukan wang kerajaan. - Mungkin kerajaan tidak kisah akan keuntungan atau kerugian yang akan di alami oleh anak syarikatnya. Maklumlah, keluar kocek kanan masuk kocek kiri. Lama-lama masuk kocek kroni.


“Itu bukan duit kita. Syarikat PMB beli kapal terbang untuk MAS, umpamanya, dan kalau kita kata nak sewa daripadanya tentulah itu satu keuntungan untuk syarikat itu,” - Mungkin tak lama lagi, PMB akan mengambil untung dengan menyewakan kapal terbang berlogo kerajaan Malaysia, jenis VVIP kepada orang awam dengan harga yang murah. Cuma perlu bayar surcharge bahan api sahaja.


Aduh migrain. Enoughhhh!!!

Labels: ,

Macam isi dan kuku

...Mari tepuk-tepuk bahu...

Saya mendapat tulisan ini di laman Forum myKMU. Disini. Sesiapa yang tak pernah pergi laman forum myKMU. Dipersilakan untuk mendaftar dan berforum dengan hati yang terbuka.

25 Ogos 2005
Taufan Katrina mula melanda Florida.

19 Disember 2006
Banjir besar mula melanda Johor.

29 Ogos 2005
Presiden George W. Bush menyambut harijadi Senator Arizona John McCain.



21 Disember 2006
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih bercuti di Greece.

30 Ogos 2005
Bush masih bercuti di Crawford, Texas.

Beliau bermain gitar bersama penyanyi 'country', Mark Willis.



31 Ogos 2005
Bush meninjau kemusnahan akibat Taufan Katrina dari Air Force One, dalam perjalanan balik ke Washington.



23 Disember 2006
Pak Lah akhirnya melawat mangsa banjir di Tangkak.

2 September 2005
Bush akhirnya melawat mangsa banjir di New Orleans. Bantuan makanan sebanyak 3 tan untuk mangsa di St. Bernard Parish dan Algiers Point tidak dapat diagihkan apabila trafik udara dihentikan bagi membolehkan lawatan Bush.

25 Disember 2006
Pak Lah menyambung cuti ke Perth. Untuk makluman, Bush memendekkan 2 hari daripada tempoh percutian beliau. Pak Lah gagal dalam usaha beliau untuk meniru bulat-bulat tindakan Bush.

Untuk makluman juga, Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Michael Brown, telah meletakkan jawatan selepas dikritik hebat kerana pengendalian operasi agensi tersebut ketika Taufan Katrina.

29 Disember 2006
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyumbangkan sebanyak 130 ekor lembu kepada 34 buah masjid dan 40 surau di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad ini - Utusan Malaysia

Kepala Batas. Johor boleh pergi mati tenggelam.

Labels: ,

Monday, January 29, 2007

Daulat

Diceritakan oleh ayah saya kepada saya dari kawannya yang baru saja balik dari Johor melihat kawasan banjir.

Semasa di Johor, rombongannya telah terserempak dengan rombongan Sultan Johor. Baginda Sultan ketika itu turut turun padang membantu dan melihat kawasan banjir. Kononnya, ketika itu berlakunya satu kejadian yang sememangnya tidak akan mahu di dengar oleh Paklah. Namun, yang menjadi mangsanya ialah Menteri Besar Johor.

Kononnya, pada ketika itu, Sultan Johor telah mukra (atau mungkin hampir murka). Tuanku mengatakan. Kalau Tambak Johor dirobohkan. Banjir besar di Johor tidak akan berlaku. Tuanku mengeluarkan kata-katanya di hadapan Menteri Besar dan orang ramai. Yang mampu dibuat oleh Menteri Besar... Tunduk dan diam.

Mungkin ini yang MB kata dalam hatinya. "Saya hanya pesuruh Paklah saja Tuanku... Janganlah marah saya...". Jangan buat Tuanku murka lagi. Lagi-lagilah kalau dianya Sultan Johor tidak pernah kisah dengan protokol dan adat kesultanan. Habis semua di tegurnya.

Daulat Tuanku...

Labels:

Friday, January 26, 2007

Permainan Budak Besar!

Satu Analisis Kosong

Katakan anda diberikan satu peluang untuk menjadi Perdana Menteri atau siapa saja. Dan anda diberikan peruntukkan sebanyak RM 200 juta. Apa yg akan anda buat dengan duit itu. Berikan 3 yang baik dan 5 yang tidak baik (tak baik lebih mudah difikir).


Perkara yang baik
  1. Sumbangan sebanyak RM 2000 kepada setiap mangsa banjir untuk membeli enjin bot sangkut yang berkuasa tinggi bagi persediaan banjir akan datang. (Rm2000 * 100 000 orang = 200 Juta)
  2. Jika setiap ambulan di Malaysia menggunakan 100liter petrol (Rm 192+-) untuk kegunaan sehari sejauh 300km. Dan bayangkan jika ada 1000 ambulan di Malaysia. Ini bermakna, dengan RM 200 juta. Ini bermakna, ambulan itu akan bergerak selama 1041hari dengan jumlah peruntukkan minyak yang diberikan. Dan keseluruhan ambulan telah bergerak sejauh.... 62,500,000km (maaf, matematik saya tak baik)
  3. Seoarang ayah memerlukan RM 500 untuk persekolahan anaknya setiap kali tahun baru... Ini bermakna... lebih dari kesemua mak dan ayah di kawasan yang dilanda banjir tidak perlu mengeluarkan duit. (1 keluarga ada 4 org anak bersekolah * Setiap anak Rm500)


    Perkara Tidak Baik
    1. 6 Beli bot mewah. Setiap satu berharga 30 juta. Interior dalam di lengkapi dengan pelbagai kemudah. 2 diletakkan di Malaysia. Satu di Terengganu dan satu lagi di Pulau Jerjak. 1 Di US, 1 di Perth dan tak lupa juga. Yang teristimewa di Singapura. Berdekatan dengan padang golf. Yang terakhir akan diletakkan di Kota Tinggi. Untuk persiapan menghadapi banjir ke-3.
    2. Bina satu mesin RO/air suling dengan teknology NewWater dari Singapore untuk air laut berdekatan dengan kawasan Tapak Monsoon Cup. Dengan itu, akan lebih ramai lagi penduduk dunia menonton Monsoon Cup.
    3. Dermakan Rm20 juta setiap satu kepada sekolah saya dan sekolah yang terpilih. Dengan adanya Rm 20 juta. Dijangkakan, setiap sekolah dibenarkan untuk membina perpustakaan bernilai RM 3 juta setiap satu. Dengan nilai buku RM 1 juta. Dilengkapi Sony Bravia X Series 50" untuk menonton channel 14 astro. Duit selebihnya, kontraktor akan tentukan apa nasibnya.
    4. Membina satu superkomputer terbesar di Malaysia. Tujuannya ialah untuk menapis segala kandungan atau apa saja maklumat yang akan di baca atau di tonton oleh pengguna internet di Malaysia. Blogspot atau apa juga jenis blog sekalipun diwajibkan mendaftar dan diletak di bawah pengawasan lembaga pengarah bagi tujuan keselamatan negara. Ahli lembaga pengarah terdiri dari orang besar syarikat suratkhabar. Yg bersalah dan melanggar undang-undang ahli pengarah akan disaman.
    5. Sempena tahun melawat Malaysia. 100 buaian pusing seakan-akan eyes on Malaysia yang mini akan dibina. Setiap satu akan bernilai RM 2 juta. Ia mempunyai pelbagai kegunaan. Dengan kepakaran dan kebijaksanaan pemikir yang 5 ribu orang. Antara kegunaannya ialah kincir air, menceduk air di kota tinggi dari tempat rendah ke tempat tinggi dan tempat penetasan ayam (ini kerana angkasawan pertama Msia percaya, ayam yang mengeramkan telur di tempat yg gravitinya sentiasa berubah mendakwa, telurnya lebih besar!) .




Mykmu - Jeffooi - Rockybru - Malaysia-today


Labels: ,

Civilisational Islam

Civilisational Islam

DAVOS (Switzerland): Malaysia believes the Islam Hadhari (Civilisational Islam) spirit can help inspire the rules for a global neighbourhood in a multi-cultural world.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said it was a spirit that promoted tolerance and understanding, moderation and peace, and freedom and justice for all.


Tak pastilah... Sama ada apa yang di tulis The Star ini salah atau apa. Malah, saya memang tak pernah untuk hendak membaca apa saja yang berkaitan Islam Hadhari.

Apakah selama ini Islam tidak lagi cukup bertamadun atau cukup maju? Adakah Islam perlu di ubah dengan caranya untuk lebih bertamadun? Maaf, saya bukan seorang yang arif berkenaan agama. Tapi, saya sangat bersetuju dengan Tun Dr Mahathir. Islam yang asal. Yang tiada Hadhari, Sunnah atau Syiah adalah cukup sempurna. Islam yang diturunkan pada Nabi Muhammad jugalah yang akan sesuai pada seluruh umat Islam tidak kira sama ada ia bermula sekarang atau 10 ribu tahun akan datang.

Islam adalah sempurna. Namun, manusia yang menjadikan Islam itu tidak sempurna. Dengan kata lainnya, perangai penganut agama Islam itu sendiri yang patut ditamadunkan lagi. Siapa sebenarnya yang tidak baik? Islam atau umat Islam?

Adakah umat Islam atau mungkin pemimpin Islam yang menipu, bongkak diri, pendendam, pengganas atau sebagainya itu yang tidak baik atau Agama Islam yang menyuruh penganutnya merendah diri, bekerja sama, menghormati dan sebagainya itu yang tidak baik?

Jika, seorang Islam itu menipu atau melarikan diri dari tugas. Adakah kita hendak menyalahkan Islam? Kononnya Islam itu kurang lengkap lagi dengan zaman ini? Atau kita hendak menyalahkan orang itu sendiri? Tak perlu kita memaksa orang bukan Islam untuk mempercayai kita kalau diri kita sendiri masih tidak sempurna. Tidak perlu ada ajaran atau pembaharuan di dalam Islam kalau diri kita sendiri masih di takuk yang sama. Dan yang pasti tak perlu mengajar orang lain tentang kebaikkan Islam kalau diri sendiri masih tidak menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang asas. Sesiapa juga.


~Umat Islam Biasa~

Labels:

Wednesday, January 24, 2007

Keterbukaan.

Keterbukaan.

Minggu lepas saya ada membeli sebuah buku bertajuk "Finding your strength in life". Ini bukunya. Buku ini memang bagus dan sesuai di baca oleh semua orang termasuklah para pemimpin dan para pengendali akhbar di Malaysia.



Mencari kekuatan diri sebelum memimpin dan mengemudi negara dan syarikat amat diperlukan. Ini kerana, tanpa kekuatan dalam diri kita. Besar kemungkinan kita tidak akan dapat menghasilkan keputusan yang terbaik untuk diri kita dan orang lain. Lebih malang kalau keputusan yang dibuat akan menyusahkan dan membebankan diri orang lain.

Hari ini, saya akan ulas dan cerita sedikit mengenai salah satu topik yang diceritakan di dalam buku ini. Be open.

Kononnya, pemerintah di zaman ini adalah pemerintah yang terbuka dan bertanggungjawab. Adakah kita fikir begitu? Mungkin ada benarnya... Tapi bukan segalanya. Adakalanya, kita tidak perlu terbuka dalam semua perkara terutamanya jika keterbukaan yang kita cari boleh menyebabkan perselisihan pendapat dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Mungkin pemimpin, atau kepala segala pemimpin di Malaysia boleh belajar untuk menjadi lebih terbuka dalam maksud yang lebih baik. Terbuka untuk mendedahkan rahsia dan perkara yang ingin di ketahui oleh rakyat. Supaya rakyat tidak keliru dan sangsi dengan apa yang mereka lakukan. Kenapa Paklah dan angkatannya masih berselindung disebalik OSA atau apa saja? Tidak ada apa yang perlu mereka takutkan jika apa yang berlaku adalah benar.

"It is hate and suffering that prosper in secret"



Kemarahan dan kebencian rakyat semakin memuncak bila kerajaan cuba berselindung dan menyembunyikan rahsia. Sama ada mereka tidak mahu menjawab atau sememangnya "I don't know, I'm not involve". Dari cerita Jambatan Bengkok, isu air, isu tol, minyak dan sebagainya. Kerajaan tak perlu menyediakan jawapan yang terlalu sukar untuk rakyat faham. Tak perlu juga menyediakan buku kecil yang tidak tahu dimana di edarkan jika ia semakin menimbulkan kesangsian.

Mereka perlu lebih terbuka dengan jawapan yang mereka ada. Kenapa tidak didedahkan saja dokumen keuntungan atau kerugian syarikat tol? Sekurang-kurangnya rakyat tahu syarikat tersebut tidak mendapat untung yang melampau. Atau mungkin syarikat konsesi perlukan kenaikkan untuk menanggung perbelanjaan yang semakin tinggi. Tidak perlu ada demonstrasi dan tak perlu beritahu media untuk sembunyikan cerita mengenai demonstrasi tadi. Tidak perlu juga ada rakyat yang cedera akibat 'dibelasah' oleh pasukan keselamatan.

"The painful truth told now is better than an unhappy life lived in silence. Tell it." - Itulah yang Tun dan rakyat tengah suarakan. Walaupun adakalanya ia menyakitkan hati sesetengah orang.

Ya, zaman Tun Dr Mahathir adalah zaman yang tidak terbuka. Kononnya. Media tidak bebas untuk menyiarkan cerita mengenai masalah perkauman atau sebagainnya. Kononnya. Orang yang menyebarkan berita tidak baik akan di ISAkan. Kononnya. Tun Mahathir memerintah dengan kejam dan digelar Mahafiraun.

Tapi, kita masih lagi dengar berita mengenai demonstrasi. Tunjuk perasaan rakyat. Masih lagi kita tonton berita di TV3 mengenai demonstrasi ganas penyokong Anwar. Bakar tayar, pecah cermin kereta dan baling batu pada polis. Kita masih lagi dengar Anwar berceramah keliling Malaysia. Dan seperti yang kita ketahui, isu Anwar hanyalah isu peribadi. Kononnya, dia tidak bersundal. Dan tidak salah gunakan kuasanya.

Kenapa tidak benarkan keterbukaan rakyak? Kenapa perlu menghalang Tun? Kenapa syarikat milik kerajaan perlu menyaman pemilik blog? Apa yang ditimbulkan sekarang adalah isu rakyat. Isu semasa. Isu negara. Maruah negara dan sebagainya. Kenapa kerajaan dan PakLah masih mahu sembunyi. Kenapa proksi kerajaan mesti menggunakan taktik yang tidak sepatutnya? Baling batu sembunyi tangan?

Adakah mungkin hanya saya yang tertanya-tanya. Apa yang sudah jadi dengan siasatan kes politik wang di Kubang Pasu dan siasatan kes 'sembur' Tun di Kelantan? Dimana hasil siasatan? Kenapa terlalu lama? Saya yang menunggu pun sudah tak sabar untuk tahu apa hasilnya. Apatah lagi Tun Mahathir. Apa pula terjadi dengan cerita lain? Cerita siasatan PAC? Kapal layar dan segalanya?

Buat PakLah, bukakanlah hati mu itu. Semoga Imam Ghazali atau segala Hadhari yang dia cari akan ditemui. Bila dia lebih terbuka dengan maksud sebenar. Terbuka untuk memahami apa yang yang rakyat mahukan. Terbuka untuk tidak menyembunyikan perkara yang benar. Dan terbuka untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Sama ada untuk menjawab soalan Tun atau soalan rakyat. Katakan saja Paklah. Tidak perlu menjawab tidak tahu atau terus tidak menjawab langsung. Tidak perlu juga menyuruh menteri atau siapa saja untuk menjawab bagi pihaknya. Katakan apa yang terbuku di dalam hati. Selagi PakLah simpan, ia akan menjadi dendam. Ia akan membelenggu dirinya. Mungkin menjadi sesuatu yang tidak baik. Keputusan tidak baik yang datang dari seorang "saya perdana menteri" akan mendatangkan malapetaka bagi rakyat sekalian. Ianya untuk kebaikkan rakyat juga. Tanpa jawapan, rakyat semakin sangsi. Tanpa jawapan, rakyat semakin membenci. Tidak perlu tunggu pilihanraya untuk berikan jawapan dan janji.




Apa yang saya harapkan, kalau sudah mahu terbuka dengan rakyat. Janganlah sampai menjadi kurang ajar. Jangan sampai mencabar kononnya dia anak jantan. Tidak perlu kurang ajar atau keluarkan keris untuk membuktikan diri ini terbuka dan mendokong harapan setiap rakyat dan bangsa. Sikap yang terbuka dan tiada rahsia adakalanya baik di simpan untuk beberapa perkara.

Dan jangan pula hingga berbohong. Tidak tahu, katakan tidak tahu. Pembohongan akan diketahui juga akhirnya. Padahnya akan menimpa diri sendiri dan rakyat akhirnya.

Jadi, terbukalah dengan segala apa yang kami mahukan selagi ia tidak menyusahkan kami. Sekian...


~saya hanya rakyat biasa yang mahukan jawapan bukannya alasan~

Monday, January 22, 2007

Imej PakLah

PakLah berpeluang untuk meningkatkan lagi imejnya di peringkat antarabangsa melalui 2 acara?

Kenapa hanya 2 acara sedangkan Paklah ada beratus acara dan beratus cara. Adakah dia dan orang-orangnya telah ketandusan idea untuk meningkatkan lagi imejnya di peringkat antarabangsa? Adakah imej Paklah telah tercalar dengan teruk?

akan wujudkah istilah 'PakLah, Pemimpin Glokal" selepas ini? Kita tunggu dan lihat keputusannya. Adakah imejnya akan terus meningkat. Jika ia, saya cadangkan PakLah bertanding untuk menjadi President Amerika 2008 ini.

Entahlah, rasanya tidak susah untuk PakLah baiki imejnya.. Antara caranya;
  • Berkata benar walaupun ia menyakitkan diri, keluarga atau menantu.
  • Berani untuk menyatakan sesuatu yang benar.
  • Jangan mendabik dada dengan pangkat dan harta. Apatah lagi menepuk dada berkata "Saya perdana menteri" atau "Saya menteri kewangan".
  • Merendah diri pada semua orang. Termasuk pemimpin yang lalu.
  • Mendahulukan agama, bangsa dan negara lebih dari diri sendiri dan keluarga.
  • Menjadi manusia yang sederhana dan tidak berlebihan dalam sesuatu.
  • Tetap pendirian dalam segala perkara.
  • Menghormati dan menepati janji yang diberikan. Sama ada peribadi atau terbuka (pilihanraya)
  • .... senarainya terlalu panjang. Ia lebih berkaitan dengan diri Paklah itu sendiri. Imej PakLah adalah imejnya. Bukan imej orang lain. Hanya dia yang mengetahui dimana salah dan silapnya jika imejnya tidak disenangi.

Apa kata Paklah mulakan dulu dengan ini. Harga Minyak - Rintihan Rakyat...

Labels:

Friday, January 19, 2007

X

Dialognya lebih kurang begini.

"Bodoh, Barghal, Bahalol, Kelabu asap!

Kau mamatarosan, esok kamu pergi ke Kota Baghdad. Kasi tanda pangkah itu rumah Kasim Baba"


Gaya sekarang. Mana yang mereka tidak suka. Mana mereka mahu jatuhkan. Mereka akan letak tanda pangkah "X". Mereka akan pangkah blogger yang mereka tidak suka.

Yang menjadi masalah. Yang memangkah ialah penipu, pembohong dan penemberang. Dan mereka yang menipu ini pula tidak pernah di ambil tindakan oleh ketua pemegang saham terbesar. Ironinya, dia juga penipu.

Inilah masalahnya bila penipu disokong oleh penipu untuk menipu orang lain. Bila semua unsur penipuan ini menjadi satu, maka yang menjadi mangsa adalah orang yang menyebarkan kebenaran. Di zaman keterbukaan ini, kita tidak pasti sama ada pada akhirnya kebenaran atau pembohongan yang akan menang. Berdoalah untuk mereka yang telah dipangkah ini. Semoga tuhan di pihak yang benar.

Rocky Bru

Jeffooi

Thursday, January 18, 2007

RM 1 Juta yang 'bermakna'

Utusan hari ini melaporkan. Kerajaan Kelantan pimpinan PAS menderma kepada mangsa banjir sebanyak RM 1 juta. Sebelum ini, PAS juga telah menyumbangkan RM 45 ribu dan beras seberat 5 tan. Kerajaan negeri Kelantan juga akan menghantar 40 orang sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Dalam diam, Nik Aziz menghantar 'tenteranya' ke Johor. Benteng pertahanan UMNO Johor kian rapuh semenjak pilihanraya 2004. Di tahun itu jugalah kita dapat lihat dimana satu kerusi jatuh ke tangan pembangkang akibat kelalaian BN sendiri.

Kini, setelah dilanda 'bah' besar, kepercayaan rakyat Johor terhadap BN dan UMNO semakin longgar. Pelbagai isu ditimbulkan. Dengan isu PM lari ke luar negara untuk bercuti meninggalkan rakyat berenang sendirian. Kemudian dengan isu lain seperti isu Jambatan Bengkok dan Singapore. Rakyat mula muak. Bagus di telinga PakLah, tidak di telinga rakyat sendiri.

Mungkin, ada baiknya, PakLah tanya sendiri rakyat bila dia ke Johor. Tanya sendiri, apa pendapat rakyat tentang tindakan dan dasar yang dilaksanakannya di Johor. Biarlah rakyat menjawab dengan ikhlas. Tiada sekatan. Bukan terbuka seperti apa yang dikatakan sekarang. Tanyalah apa pandangan rakyat tentang SJER, Tambak Johor, ekonomi dan sebagainya. Buatlah lawatan mengejut ke kawasan-kawasan. Dan bukannya mengejut bercuti di luar negara.

PAS mula mencucuk jarum. DAP mungkin selepas ini. Mungkin DAP akan memulakan 'tugas' mereka di kawasan yang dilanda banjir yang mempunyai ramai kaum mereka. Kita tunggu dan lihat bagaimana parti pembangkang mula menyerang Johor. Jika BN, PakLah atau siapa saja mahu terus tidur. Maka, tidurlah. Mungkin satu masa nanti, bila semuanya telah terlambat jangan pula salahkan orang lain yang tidak mengejutkan mereka.

Labels:

Wednesday, January 17, 2007

Batu Talam - BN vs Bebas

Adakah kita akan menyaksikan 'kelainan' akan tercipta di Batu Talam?

Cuba fikirkan sama ada kemungkinan ini akan berlaku?
  • Calon bebas yang masih muda mampu mengalahkan calon BN
  • Calon bebas tidak akan kehilangan wang pertaruhan
  • Calon bebas akan mendapat undi melebihi melebihi jangkaan pemerhati politik
  • Peratusan yang keluar mengundi turun secara mendadak
  • Undi rosak terbanyak dalam sejarah pilihanraya kecil negara
Adakah kemungkinan di atas akan berlaku. Kita sama-sama perhatikan. Keputusan di tangan pengundi...

Monday, January 15, 2007

Batu Talam - Kelemahan PakLah

Parti Pembangkang 'kononnya' telah mengambil keputusan untuk memboikot pilihanraya kecil Batu Talam. Mereka memberi alasan bahawa kemungkinan tidak akan berlakunya keadilan di dalam pilihanraya kecil tersebut.

Wakil rakyat BN pula memberi alasan yang pembangkang memulaukan pilihanraya tersebut akibat dari takut kalah teruk. Namun pada pendapat saya, kalau mereka takut, kenapa pada pilihanraya umum 2004, mereka masih lagi meletakkan calon di Johor, iaitu kubu kuat BN dan UMNO. Dan akhirnya mereka menang 1 kerusi tanpa bertanding? Adakah dakwaan wakil rakyat BN ini berasas?

Apapun juga pendapat mereka. Pada pendapat saya, PakLah dan kerajaan BN adalah pihak yang paling rugi jika pembangkang memboikot untuk tidak menyertai pilihanraya kecil ini. Apatah lagi jika BN menang tanpa bertanding. Ini kerana tanpa pertandingan, PakLah tidak dapat mengukur sokongan sebenar rakyat di semenanjung terhadap kerajaan dibawah pimpinannya. Malahan, menang tanpa bertanding juga mungkin boleh memakan tuan di masa akan datang. Tanpa pertanding, tiada statistik atau ukuran yang boleh dibuat. Sentimen rakyat atas tindakan kerajaan seperti kenaikkan beban yang mereka tanggung selain kejatuha taraf hidup juga tidak dapat diukur. Keadaan ini berbeza berbanding pilihanraya negeri di Sarawak. Pada pendapat saya, Sarawak dan semenanjung memmpunyai cara mereka yang tersendiri. Namun, seperti yang kita ketahui, sokongan terhadap BN menurun selepas pilihanraya di Sarawak di umumkan. Tidakkah kita ingin ketahui apa keputusannya di semenanjung?

Dengan adanya pilihanraya kecil di Batu Talam ini, sekurang-kurangnya, PakLah dan seangkatannya dapat menilai dan dapat mengubah keadaan sebelum PUM akan datang. Tak kiralah sama ada PakLah sendiri ingin berubah atau mungkin 'merasuah' rakyat dengan apa sekalipun. Itu terpulang padanya. Namun, PakLah masih lagi dapat berjaga-jaga sebelum datangnya bah besar. Kemenangan 'mengelat' BN di Batu Talam, mungkin boleh memakan PakLah dimasa akan datang. Percayalah...

Labels:

Monday, January 08, 2007

Apa pula nawaitu Paklah?

Jawapan pendek terhadap artikel "Nawaitu kepada setiap perbuatan amatlah penting" dari laman web Kelab Penyokong Maya UMNO PAKLAH dan keluarga"

Foto tersebut ialah foto yg diambil dari laman web rasmi Piala Monsoon. Dan kemudiannya dikeluarkan dari laman web tersebut bila ia mula diedarkan dikalangan pengguna internet. Ia bukanlah foto yg direka, dicipta atau disuper-imposedkan. Benar dan nyata!


~Petikan~
Namun bagi mereka yang waras akan menilai dari segi nawaitu sebenar Pak Lah. Pak Lah sememangnya telah lama mengenali Datuk Michelle Yeoh sebagai kawan yang rapat. Sikap Pak Lah yang penyanyang juga yang telah mengakibat berlakunya keadaan yang tidak mempunyai niat dan nawaitu yang tidak baik, tambahan pula ianya berlaku di hadapan kekasih Datuk Michelle Yeoh dan juga di hadapan khalayak ramai .


Biar siapa saja Michelle Yeoh atau tunangnya pada PakLah. Sudah tidak ada tempat lainkah untuk dia pegang atau mungkin 'terpegang'? Adakah sudah jadi kebiasaan bagi seorang ayah yang sayangkan anaknya untuk memegang anaknya sedemikian rupa di khalayak ramai? Adakah kita semua tahu sama ada niat Paklah itu baik atau jahat. Ya, biarlah Allah yg tentukan.

Saya pernah terbaca dari majalah Gila-gila tahun 1980an. Lebih kurang begini. "Mana satu yang lebih jahat. Niat baik tapi buat jahat atau buat jahat tapi niat baik."? Adakah mungkin juga nawaitu paklah yang 'nampak' baik ketika ini adalah untuk kebaikkan rakyat? Adakah perbuatan jahat Tun Dr Mahathir dengan mengkritik keras kerajaan ini tidak berniat baik? Nawaitu adalah nawaitu. Apa sekalipun yang diniatkan, biarlah ia berupaya membawa kebaikkan untuk semua.

Mungkin, Paklah harus faham. Niatnya untuk membangunkan Malaysia dengan caranya tidak seharusnya dengan cara yang tidak baik. Bukan dengan cara yang kita lihat sekarang. Penuh dengan sikap 'hipokrit yang terlindung'.

Untuk penulis, adakah Paklah berniat baik untuk tujuan yang baik bila dia membenarkan kenaikkan tol yang 'sedikit', kenaikkan minyak yang 'sedikit', kenaikkan inflasi dan sebagainya? Dan soalan seterusnya. Apakah nawaitu sebenar laman web yang yang anda tulis ini? Adakah ia untuk mennyokong pembangunan dan kekuatan sepenuhnya UMNO atau dibangunkan sekadar untuk memburukkan nama Tun Dr Mahathir? Dimanakah nawaitu anda semua?

Yang saya pasti, laman web ini hanya untuk menyebarkan cerita-cerita terutamanya mengenai keburukkan Tun Dr Mahathir. Terlalu sedikit artikel yang menyokong imej laman web itu sendiri. Dan apakah pula nawaitu ini? Laman web politik apakah yang tidak membenarkan langsung pengunjungnya memberikan nasihat? Ini kerana komen adalah tidak dibenarkan sama sekali. Apakah pula nawaitu ini? Adakah dengan tiada komen itu bernawaitu yang baik untuk UMNO? Atau sememangnya ini sudah menjadi amalam Islam zaman hadhari ini?

Wednesday, January 03, 2007

Kemana hilangnya mereka ketika banjir?

Ketika rakyat Johor memerlukan pertolongan daripada pemimpin. Masih ada lagi pemimpin yg tidak kisah dengan apa yg dihadapi oleh mereka. Sikap endah tak endah mereka membuat rakyat semakin meluat dengan perkara melalut yg mereka lakukan. Dengan atas alasan yg tidak masuk akal, para pemimpin ini tidak seakan-akan tidak kisah kesusahan yg dihadapi oleh rakyat.

Lebih daripada 70ribu mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan diseluruh Johor diwaktu puncak. Banjir yg mengorbarkan banyak nyawa dan membawa kerugian berjuta-juta ringgit tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau apa saja tentang kesusahan yg mereka hadapi. Dengan harapan, pemimpin negara dan juga pemimpin setempat mengambil berat mereka, sebaliknya masih ada lagi pemimpin yg bebal termasuklah ketua segala kabinet dapur.

Yg kita dengar setiap hari. DS Najib di Muar, di Pagoh, di Segamat, di Kota Tinggi dan di tempat lain. Kemana perginya pemimpin yg lain? Apa yg saya pasti, saya tidak mendengar nama-nama seperti Muhyiddin Yassin, Azalina dan Syed Hamid Albar balik ke tempat mereka. Adakah ini zaman dimana yg dipilih tidak perlu melihat dan membantu mereka yg pernah mengundi mereka? Adakah ini caranya dimana zamannya pemimpin beragamakan Islam Hadhari? Atau sememangnya bila pemimpin besar kencing berdiri, kabinet-kabinet sekalian turut kencing berlari?

Bila kapten pergi ke luar negara kemudian pulang sekejap menjengok dan mendukung anak kecil di muka hadapan akhbar boleh diambil kira sebagai kapten yg baik? Adakah ini pemimpin yg kita hendak? Selalu, mungkin kita dengar nama menantu kapten terpekik terlolong menyokong org melayu. Dan ketunya pula mengangkat keris. Dimana mereka ketika ketika org melayu sendiri mendapat kesusahan? Adakah mereka percaya yg menjadi mangsa ini bukan org melayu? Adakah org di Panchor? Semaseh? Bukit kepong? Lenga? Parit Botak atau dimana saja itu bukan lagi org melayu? Atau sememangnya, org melayu yg duduk di kampung ini tidak penting bagi mereka? Cukup dengan hanya tabur janji di pilihanraya 2 tahun lagi untuk mengubah kesusahan mereka sekarang?

Mungkin inilah yg berlaku bila pemimpin sudah hilang pedoman. Memberi hadiah di pesta filem India pun penting. Bermain golf di luar negara lebih penting. Malah melancarkan Puteri Nasi Kandar di Perth Australia lebih penting dari melihat dan membantu kesusahan mangsa banjir. Sepatutnya, dengan kedatangan Aidiladha dan kedatangan tahun baru membuka lembaran dan azam baru untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat. Bukan hanya setakat berkata-kata di cermin tv mengatakan apa yg mereka tidak lakukan.

Semoga mereka di berikat petunjuk dan hidayah untuk kembali kepangkal jalan setelah tersesat. Jangan biarkan mereka sesat lebih jauh. Kelak, kita juga yg akan menjadi mangsanya.

Nota : Kepada mangsa banjir, segala dugaan ini kita hadapi dengan lebih sabar dan kuatkan semangat. Mungkin, lebih besar hikmahnya kepada kita semua suatu masa nanti. Kepada mangsa kenaikkan tol, bersabarlah. Tuhan itu maha adil.




Gambar : Pelancaran Puteri Nasi Kandar di Perth, Australia. Turut bersama di majlis, Khairy, Nori dan Kamaluddin. (Aktiviti sebelum pelancaran, anda fikirkan sendiri). Mereka bergelak ketawa makan nasi yg sedap di luar negara.



Sedangkan.....
Rakyat disini sudah seminggu menanggung kesusahan. Bayangkan!

Perdana Menteri Makan Angin di Perth, naik Kapal Terbang. Rakyat naik bot depan rumah!


Percutian di Perth Mungkin ada Koala. Tapi di Semaseh, Muar, mungkin ada BUAYA!


PM ada pembantu untuk bersihkan rumah. Tapi di sini, air pun susah untuk makan dan minum


Setelah seminggu. Air bah masih ada disekeliling rumah. Tapi PM masih ada di luar negara untuk lihat air di Perth.


Bukit Kepung masih lagi terkepung dek Air Bah!


Malangnya, rumah cantik ini bukan terletak di Putrajaya. Kalau tidak, pastinya berpuluh juta ringgit disalurkan untuk membuat benteng kalis banjir seperti mana rumah PM di upgrade membuat benteng kalis teroris.


PM pakai baju cantik. Mungkin disponsor. Tak kira batik tak kira kot. Tapi, di Panchor, Muar, baju yg ada pun masih tidak lagi berbasuh. Dimana bantuan?



Alangkah malangnya mereka ini. Memang patutlah. Tun Dr Mahathir kata, pilihan pertamanya ialah DS Najib. Kita lihat bukan keupayaannya semasa banjir? Lakukan undi tidak percaya anda terhadap Presiden UMNO dan juga PM Malaysia! Sekarang!

TMM 2007

Welcome
2007
Tahun MeRAWAT Malaysia




Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes