« Home | Bush dan Abdullah Badawi » | Perjuangan Yang Belum Selesai » | Testing... testing... 123 out and over »

Jambatan Bengkok - Sultan Johor titah, BUAT!

Semasa melancarkan Projek Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) Tuanku Sultan Johor telah 'menempeleng' PM dengan titah hikmatnya. Dengan berpakaian selamba, berbaju t-shirt, Tuanku yang hadir pada majlis tersebut secara terbuka telah mengatakan yang Baginda mahukan Tambak Johor dibuka dan dibina jambatan bagi membolehkan ekonomi Johor semakin meningkat.

Titah Tuanku merupakan bukti bahawa rakyat Johor secara amnya mahukan Jambatan Bengkok dibina dan bukan sebaliknya. Dan titah Tuanku ini membuktikan bahawa kononnya pendapat rakyat Johor yang menolak pembinaan jambatan tersebut adalah TIDAK BENAR. Dengan kata lainnya, PAKLAH dan seisi kabinet dapurnya adalah PENIPU BESAR! Penipu No-1 Malaysia!

"Tu causeway tu (Tambak Johor) bukakan (robohkan) , baru negeri Johor ini maju,". Titah baginda Sultan. Titahnya lagi, "Robohkan juga Tambak Johor... Datuk nenek aku (beta) dah kena tipu dengan Mat Salleh...". Tuanku mengatakan bahawa orang putih sememangnya berniat untuk menipu orang kita sekali lagi. Jadi tidak ada salahnya kalau PakLah berlembut hati untuk meneruskan projek tersebut. Bukalah tambak Johor untuk kemajuan dan kebaikkan rakyat Johor. Tidak perlu dirisaukan. Tun takkan meminta-minta untuk diagungkan namanya kalau siap jambatan itu nanti. Yang telah diketahui, sama ada siap atau tidak jambatan tersebut, nama PakLah telah terpahat dalam sejarah Malaysia. Terpahat sebagai salah seorang pemimpin Malaysia yang paling tidak konsisten dengan kata-katanya!

Adakah Paklah yang baru 3 tahun memerintah Malaysia ini lebih arif mengenai Johor, tambaknya dan rakyat Johor berbanding Sultannya sendiri? Adakah Lee Kuan Yew lebih faham mengenai ekonomi Johor berbanding Rakyat Johor sendiri? Fikirkan... Walaupun Paklah masih berdegil dengan pendapatnya untuk tidak membina jambatan tersebut. Namun kini rakyat semakin jelas, sebenarnya pembatalan jambatan tersebut bukan disebabkan kehendak rakyat Johor sendiri. Namun atas sebab yang mahu disembunyikan oleh PakLah dan kabinet dapurnya. Kini jawapan mengenai persoalan tersebut sedang dinantikan oleh Tun dan rakyat sendiri. Kenapa batalkan Jambatan Bengkok?

Dalam majlis yang sama. Tuanku juga mempersoalkan mengenai nama yang diberikan kepada Projek Mega tersebut. Ia menggunakan nama Tuanku iaitu 'Wilayah Pembangunan Iskandar' sebagai nama pembangunan tersebut. Tuanku dalam titahnya menyatakan adalah lebih baik kalau projek tersebut dinamakan sempena nama Dato' Rahman Andak (1850-1930) (Sila lihat info dibawah) atas sumbangan beliau terhadap penentangan terhadap penjajahan British. Dato' Rahman Andak adalah salah seorang pembesar Johor yang menentang keras kemasukkan British ke Johor hinggakan Johor gagal dikuasi penuh oleh British.

Berdasarkan reaksi Tuanku yang kelihatan terkejut di hadapan PakLah dan livetelecast bila mengetahui namanya digunakan di dalam projek tersebut menunjukkan bahawa Paklah dan barisan penasihatnya kurang ajar kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu pada Sultan Johor mengenai penggunaan namanya. Jelas, tipu daya Tingkat Empat dan TV3 mengenai kononnya Sultan Johor murka dengan orang pencen (Tun Dr Mahathir) telah terbongkar. Sedarlah semua, Tuanku Sultan Johor sebenarnya bersependapat dengan Tun, mahukan Jambatan Bengkok itu dibina... Jika tidak, kenapa Tuanku sendiri mahukan jambatan tersebut?

Hentikan-lah penipuan itu PakLah. Cukup-lah. Dah bosan-lah.

Cerita Selanjutnya ada di...
FORUM - Tuanku Sultan Johor Menegaskan Tidak Mahu Tambak Johor !
Datuk Rejal Arbee: Sultan Johor mahu tambak dirobohkan
THE JOHOR SULTAN SPEAKS OUT!
sultan-johor-mahu-tambak-johor-diroboh
JOHOR SULTAN's Call: Demolish CAUSEWAY; First HAPPENED 40 Years AGO
Johor sultan calls for scrapping of causeway to Singapore
Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Senai Airport Pelengkap Changi dan PSA
Demolish Causeway - Sultan Iskandar

Atau cari saja di mana-mana blog.

Nota : Sebagai rakyat Johor. Aku berbangga. Walaupun aku mempunyai Sultan yg 'Rock' dan 'brutal'. Tapi... Tuanku tetap sayang dan pentingkan rakyatnya negerinya.




Fakta Mengenai Dato' Rahman Andak (Hasil Bigguydotcom - Forum mykmu)

Dato' Seri Amar DiRaja Abdul Rahman Andak (1850-1930). Pembesar Johor yang menentang kemasukan British ke Johor. Dia dibesarkan diTeluk Belanga, Singapura. Abdul Rahman mendapat pendidikan diEngland pada tahun 1871 seaktu bertugas sebagai pengiring Ungku Othman, anak saudara Sultan Abu Bakar. Dia kembalik ke Johor 1878 dan berkhidmat sebagai Kerani diPejabat Setiausaha Kerajaan, kemudian sebagai penterjemah diJabatan yang sama, sebelum dilantik Penolong Setiausaha Kerajaan pada tahun 1886.

Abdul Rahman memainkan peranan yang penting dalam usaha British untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran Johor. Usaha British ini telah dimulakan pada tahun 1880an oleh Gabenor Frederick Weld, tetapi sehingga tahun 1907, usaha itu gagal kerana nasihat Abdul Rahman kepada Sultan. Walaubagaimanapun, Johor sentiasa bekerjasama dengan British dari segi ekonomi dan pertahanan.

Abdul Rahman sentiasa peka terhadap tindak tanduk British. Dari semasa ke semasa, dia mengawasi Lembaga Penasihat Johor di London. Lembaga tersebut meletakan Johor dibawah kuasa British yang bertentangan dengan Perjanjian 1885 antara Johor dengan British. Dia juga menolak cadangan Pengerusi Lembaga yang mencadangkan, supaya Johor meminjam 200,000 pounds sterling dari Negeri Negeri Selat. Tindakanya yang lebih tegas untuk menjaga keselamatan Johor adalah dengan mendesak Sultan Johor mengujudkan Perlembagaan Negeri Johor. Ini kemudian dikenali dengan Undang Undang Tubuh Negeri Johor yang diisytiharkan pada 14 April 1894. Ini merupakan undang undang bertulis pertama bagi negeri negeri Melayu yang kemudian diikuti oleh Terengganu pada 1914.

Pada masa pemerintahan Sultan Ibrahim, pengaruh British mula diterima dengan alasan bahawa Menteri Besar Johor, Dato' Jaafar Muhammad, telah uzur. Tindakan Abdul Rahman membidas Majlis Penasihat Johor menyebabkan semua anggotanya meletakan jawatannsecara serentak pada tahun 1905. Ini menyebabkan Gabenor Anderson menyingkir Abdul Rahman dengan pesetujuan Sultan Ibrahim. Anderson mencadangkan Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Dengan penyingkiran ini, British meletakan seorang penasihatnya, D.C. Campbell, di Johor. Dengan itu bermula penguasaan British ke atas negeri Johor.

Dalam bidang pengembangan bahasa Melayu, Abdul Rahman telah munubuhkan badan bahasa dan persuratan, dengan nama Pakatan Belajar - Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.B.m.P.B.). Badan ini yang telah mencipta beberapa perkataan yang masih digunakan hingga sekarang seperti 'setiausaha', 'datuk', 'datin', 'pesuruhjaya' dan 'pegawai daerah'. Abdul Rahman dianugerahi pingat S.P.M.J. yang membawa gelaran "Dato' Seri Amar DiRaja" pada tahun 1892.

Abdul Rahman meninggal dunia diLondon pada tahun 1930 dan dikebumikan diperkuburan Islam di Woking, London.





Cerita Menarik mengenai Tuanku Sultan Johor yang tak ramai tahu.

lady_j wrote:
tu la. brutal2 sultan johor pun, masih prihatin nasib rakyat. tp nak tau 1 je..paklah pun dah acknowledge yg tambak johor ni bawak masalah kat msia, like kapal takleh lalu, air kotor, industri perikanan terjejas etc. tp apsal still berdegil nakkan tambak johor ni kekal?

Apa yang tidak perihatin Sultan Iskandar ini? Semasa baginda menjadi DYMM SPB YDP Agung, baginda selalu mengundang Perdana Menteri YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad meninjau projek projek pembangunan sekitar Lembah Klang semasa Malam Minggu, secara senyap senyap.

Mana ada SPB YDP Agung yang lain buat macam ini.

Lagi satu, semasa baginda dilantik menjadi SPB YDP Agung, baginda seorang sahaja Raja Melayu yang tak ubahsuai Istana Negara dan segala gaji dan elauns baginda dan baginda Raja Permaisuri Agung yang diperuntukan Kerajaan Persekutuan melalui Akta Parlimen tidak diambil, malah dijadikan biasiswa untuk pelajar kurang bernasib baik.

Last edited by BigGuyDotCom on Tue Nov 07, 2006 12:02 am; edited 1 time in total

jom join forum org johor kat
http://forum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=137&page=1

Post a Comment

Links to this post

Create a Link

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes