« Home | Tun Dr Mahathir Sakit » | Democrats lawan Republicans » | Cabaran UMNO Menghadapi Wawasan 2020 - Tun Dr Maha... » | The leaders » | Jambatan Bengkok - Sultan Johor titah, BUAT! » | Bush dan Abdullah Badawi » | Perjuangan Yang Belum Selesai » | Testing... testing... 123 out and over »

Gasing... Batu Seremban...

Utusan Malaysia (Muka 15-Dalam Negeri)

Dalam banyak-banyak kajian, perkara yg bloleh dibuat oleh angkasawan. Boleh ke disuruhnya buat kajian mengenai Gasing dan batu seremban? Memanglah ada faktor-faktor fizik yg terkena dek main kedua-dua permainan tadi. Apa tu, mikrograviti? Tapi tak ada jalan lainkah yang lebih baik untuk melakukan kajian. Adakah dengan hanya melihat berapa jauh batu seremban boleh dilambung boleh mengkaji berapa tarikkan graviti. Dan sebagainya.

Aku bukanlah faham sangat mengenai fizik, tapi pada pendapat aku, biarlah di lakukan kajian yang lebih sesuai dan lebih mendatangkan faedah. Banyak lagi kajian yang boleh dibuat. Angkasawan pertama yg pergi pun mempunyai jurusan yg berguna. Apa salahnya gunakan kepakaran mereka untuk digunakan sebagai kajian. Barulah Malaysia dipandang lebih tinggi. Setakat nak buat kajian gasing dan batu seremban, tanya Nasa pun boleh. Malah, naik kapal terbang yg direka khas utk anti graviti pun boleh. Tak payah perlu beli jet fighter utk hantar angkasawan.

Lagi? "Ini termasuk juga kesenian di angkasaraya iaitu melukis batik dan juga eksperimen teh tarik". Lukis batik? Teh tarik? Apa kejadahnya menteri ni? Batik utk apa? Bodek Paklah? Sebab Arwah Endon suka batik? Teh Tarik? Mana nak bancuh? Mana nak tarik? Kalau setakat masuk bekas, letak susu, teh dan air panas tanpa tarik macam mana mamak tarik. Tak teh tarik namanya. Melainkan paklah nak tahulah, boleh tak jadi macam cerita kartun. Teh tarik tidak lagi ke bawah, tapi dari kiri ke kanan.

Ahhh... dasar half past six! Semua idea tak membina. Tak masuk akal. Dan membazir. Mesti disebabkan "my idea" ni!

Nota : Aku cadangkan, semua angkasawan tadi bermain teng-teng. Berapa jauh mereka boleh lompat di angkasa!

Links to this post

Create a Link

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes