« Home | Perjuangan Yang Belum Selesai » | Testing... testing... 123 out and over »

Bush dan Abdullah Badawi

Keduanya sama saja.


Bush dan Abdullah : Keduanya bercakap lebih baik semasa mereka belum menduduki kerusi tertinggi berbanding selepas menjadi pemimpin.
Bush dan Abdullah : Mereka dipermainkan dan dipersendakan oleh rakyat biasa.
Bush dan Abdullah : Keduanya melakukan perkara yang tidak disukai rakyat. Walaupun mereka kata rakyat boleh menerimanya. Atau memaksa untuk menerimanya.
Bush dan Abdullah : Menganggap diri mereka popular sebenarnya mereka semakin dibenci rakyat.
Bush dan Abdullah : Mereka melakukan kadangkala melucukan. Bush dengan perangai tidak baiknya seperti meludah dan tersandung kaki semasa turun dari kapal terbang. Manakala Abdullah dengan sikap pelupanya dan aksi muka seposen bila tidak tahu apa yang hendak dikatakan.
Bush dan Abdullah : Mereka menjawab soalan wartawan atau siapa saja dengan cara yang selalu merepek-repek. Menjawab soalan tanpa fakta dan bukti.
Bush dan Abdullah : Menganggap perjalanan politik mereka adalah betul tapi sebenarnya mereka membawa negara dalam kemusnahan.
Bush dan Abdullah : Anggapan bahawa polisi ekonomi mereka adalah baik hanyalah indah di dada akhbar. Sedangkan rakyat semakin parah.
Bush dan Abdullah : Bush membebani rakyat dengan perbelanjaan peperangan manakala Abdullah pula dengan dasar penjimatan subsidi kerajaan yang menyebabkan minyak naik dan perbelanjaan harian semakin tinggi.
Bush dan Abdullah : Diberikan nasihat yang tidak masuk akal dan tidak logik. Nasihat tersebut hanya untuk mengaburi penglihatan mereka dari kesalahan punahsihat mereka. Ada juga nasihat yang diberikan oleh orang yang ingin mengampunya.
Bush dan Abdullah : Memberikan kepercayaan kepada saudara dan rakan untuk menjalankan dan menerima projek kerajaan.
Bush dan Abdullah : Menipu di televisyen dan kemudiannya mengaku secara tidak sengaja. Semakin mereka melakukan penerangan pada satu-satu isu, rakyat semakin kurang percaya kepada mereka.
Bush dan Abdullah : Bila berucap, mereka selalu bertutur dengan bahasa yang sukar difahami. Malah, adakala mengantuk untuk didengar. Melainkan mereka membuat lawak yang tidak disengajakan.
Bush dan Abdullah : Bush mengorek hidung semasa perlawanan baseball. Abdullah pula tidur semasa mesyuarat.
Bush dan Abdullah : Bush selalu bercuti dan balik keladangnya. Abdullah selalu berjalan dan memberikan cuti yang terlalu banyak kepada rakyatnya hinggakan banyak perkara yang tertangguh.
Bush dan Abdullah : Mereka lebih kepada untuk kepentingan diri sendiri dan bukan kepada bangsa, rakyat, negara dan agama.
Bush dan Abdullah : Dasar keselamatan negara yang goyah. Keterbukaan yang tidak terbuka. Bush dengan dasar terhadap umat Islam. Manakala Abdullah pula dengan dasar yang kini semakin mengancam perpaduan kaum. Tiada satu pun yang terbukti baik.
Bush dan Abdullah : Keduanya tidak mahu mendengar nasihat rakyat. Mereka kata rakyat dijaga dan didengari suara mereka sedangkan kini rakyat semakin merintih.
Bush dan Abdullah : Dasar mereka dalam ekonomi membuat negara mereka semakin tidak stabil.
Bush dan Abdullah : Seoarang dengan 'I'nya dan seorang lagi dengan 'saya'.
Bush dan Abdullah : Kononnya mereka melakukan perancangan terperinci yang membawa kepada lebih peluang pekerjaan dan peningkatan ekonomi, namun hakikatnya, rakyat semakin terdesak akibat kekurangan pekerjaan.
Bush dan Abdullah : Bush dan kawannya berjaya meningkatkan kadar jenayah dan terorist di seluruh dunia. Manakala Abdullah Badawi dan kawan-kawan berjaya meningkatkan kadar jenayah di Malaysia disamping mengiktiraf Mat Rempit.
Bush dan Abdullah : Syarikat di Amerika berlumba untuk beroperasi di luar negara mereka akibat tekanan ekonomi dinegara sendiri. Namun, di Asia Tenggara, kini syarikat dari Amerika ini lebih memilih untuk pergi ke Indonesia berbanding ke Malaysia. FDI di Malaysia turun dibawah prestasi Indonesia walaupun hakikatnya, Malaysia lebih aman.
Bush dan Abdullah : Sombong dengan jawatan mereka. Berbelanja menggunakan duit rakyat untuk kesenangan diri mereka semata-mata.
Bush dan Abdullah : Bush berkawan dengan syaitan untuk menyerang negara lain. Manakala Abdullah Badawi pula berbaik dengan musuh untuk menjahanamkan ekonomi Malaysia.
Bush dan Abdullah : Bush menggunakan taktik busuk untuk menang pilihanraya Presiden manakala Abdullah terpaksa menangguhkan Pemilihan UMNO untuk terus kekal lebih lama.
Bush dan Abdullah : Bush ada adiknya untuk menggantikan dirinya pada masa akan datang manakala Abdullah ada menantunya untuk meneruskan dinastinya.
Bush dan Abdullah : Mereka berdua mengawal media dengan lebih gigih walaupun semakin lama semakin ramai rakyat yang tidak percaya kepada media-media mereka. Keduanya memutarbelitkan berita asalkan beritanya nampak menarik.
Bush dan Abdullah : Bush ada Cheney. Abdullah dengan Patrick Badawinya pula.
Bush dan Abdullah : Mereka sama-sama bodoh, dungu, bebal, sombong dan hodoh. Tapi masih lagi menganggap diri mereka bijaksana dan handsome.


Yang berbeza hanyalah...


Bush dan Abdullah : Bush kapir manakala Abdullah Badawi Islam Hadari.
Bush adalah Perdana Menteri Amerika manakala Abdullah Badawi ialah Presiden Malaysia!!!

Kesimpulannya Bush dan Abdullah : Mereka hampir sama!


Tahniah rakyat Malaysia dan rakyat Amerika. Kamu sungguh beruntung!

Bush Video


Abdullah Video - Dengar dengan teliti apa yang dibebelkannya. Bukan mengenai isu negara. Tapi mengenai peribadinya.

Links to this post

Create a Link

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes